Kira-kira 40 aktivis berhaluan kiri dan Islam menunjuk perasaan di luar Kedutaan Malaysia di sini semalam bagi mendesak tindakan ketenteraan Malaysia ke atas para pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Sabah dihentikan.
"Hentikan pembunuhan rakyat Filipina di Sabah," jerit para penunjuk perasaan sambil membakar gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjabat tangan dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.
Kedutaan Malaysia terpaksa ditutup ekoran bantahan tersebut. Para penunjuk perasaan itu turut menyelar pentadbiran Aquino kerana tidak menyokong perjuangan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin dan para pengikutnya di Sabah.
"Pertahankan kedaulatan negara kita," kata salah satu sepanduk yang dibawa penunjuk perasaan itu. Pihak keselamatan bertindak mengawal kawasan kedutaan semasa tunjuk perasaan itu berlangsung
24 Ulasan
Diaorang ni xfaham sejarah...Hanya mengikut membabi buta. Dah kena bayar kot! Saja nak buat provokasi.
sedih dgr kematian para pejuang.. kawan2 saya pun ada yang pergi sana,,hope mereka dapat pergi & balik dgn selamat..
Ta sedekhkan al fatihah pd perwira negara kita..amin amin
Setelah sejarah lama terbeku, baru nak dicairkan balik..akibatnya rakyat yang mengalami rasa sejuk dalam panas...aduhai...semoga negara kita tercinta sentiasa aman dan damai di bawah perlindungan Allah swt...amin..
http://ibuamirulpunyeblog.blogspot.com/2013/03/segmen-siapa-blogger-bertuah-by-anak.html