Gara-Gara Hendak Payuudara Besar

Gara-Gara Hendak Payuudara Besar


Gambar Sebelah Menunjukkan Implan Terkeluar
Walaupun menghabiskan wang sehingga £4,000 (RM18,888) untuk mencantikkan payudaranya, seorang wanita terpaksa berdepan dengan realiti menakutkan.
Bagi Lauren Yardley, 25, ia memang pengalaman amat pahit apabila payudaranya tiba-tiba terkoyak dan menyebabkan implan yang dimasukkan ke situ terkeluar.

Kata Lauren, pada awalnya dia mendapatkan khidmat pakar untuk membesarkan payudara daripada saiz A kepada DD. “Saya malu kerana dada saya seperti budak lelaki,” katanya. Dua bulan selepas memperoleh saiz yang diidamkan,

Lauren menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila payudara kanannya lebih besar berbanding kiri. Katanya, payudara itu juga lebih keras daripada sepatutnya. Keadaan itu, katanya, menyebabkan Lauren berasa tidak selesa.

“Apabila dirujuk kepada doktor, saya diberitahu implan berkenaan tidak diterima badan dan pembedahan semula terpaksa dilakukan,” katanya. Walaupun baru dua bulan, tisu di sekitar implan itu mengetat dan menolaknya ke luar melalui kesan jahitan di bahagian bawah payudara Lauren.

Selepas diperiksa, doktor berkata, implan itu tidak boleh dimasukkan semula kerana tubuh Lauren perlukan masa untuk sembuh. Justeru, Lauren terpaksa hidup dengan payudaranya tidak seimbang selama enam bulan.

Disebabkan malu, Lauren - berasal dari Coventry - menggunakan potongan daging ayam untuk dimasukkan ke colinya bagi menyeimbangkan payudara berkenaan sementara menunggu waktu dibedah semula. Hasil pengalaman pahit dan menyakitkan itu, Lauren menasihati wanita lain supaya lebih berhati-hati. “

Saya sendiri tak percaya apabila implan itu mula keluar sedikit demi sedikit dari payudara,” katanya. Ketika diperiksa, doktor sendiri mengakui tidak pernah melihat insiden itu berlaku. Bagaimanapun, Lauren bersyukur kerana keadaan masih boleh diselamatkan. “Perkara paling menakutkan ialah apabila saya hanya mempunyai satu payudara selama tujuh bulan,” katanya

Catat Ulasan

12 Ulasan

Aimacomel berkata…
Aiyoyo..ngerinya tengok. Tu lah bahananya
zazanizam berkata…
bahaya2....takut!
Cik Nor berkata…
uwaa..tak sanggupnya..
MyFreeMinded berkata…
Ish, suka betul modified2 ni.. kecik2 pun kecik lah, janji ori U.. hahaha, jangan cari penyakit..
Bin Muhammad berkata…
Nasib baik xterus jatuh masa tengah berjalan ke...malu giler. Itulah akibat mengubah kejadian Allah!
Unknown berkata…
terima sj pemberian allah swt..
Unknown berkata…
Langsung tiada faedah malah membawa ke masalah pulak...manusia sentiasa xpuas dgn apa yg ada..
wantie berkata…
tak mensyukuri nikmat allah cam tu la. umur baru 25 ko nak besar mana dik oi....
Unknown berkata…
daging ayam didada....... mana dia dapat idea tu?????
Unknown berkata…
demi untuk kelihatan cantik sgup mereka ini melakukan apa sahaja tanpa mengira kesan2 risiko yg akan mereka dapat, apalah ada pada saiz yang besar hahaha sedang2 sahaja pun dah ok hahaha...
OKje berkata…
Hish tak Luka KE tempat tu yek