Kaki Wayang: Jack The Giant Slayer

Kaki Wayang: Jack The Giant Slayer

Jack The Giant Slayer
Salam Satu blogger.  Hari ini nak mengulas filem terbaru Jack The Giant Slayer.
Minggu ini aku bercerita tentang SEO dan blogging. Isu yang memberatkan minda aku dan rakan-rakan..
Jom kita santai mmelihat review filem Jack The Giant Slayer.
Sebenar aku dan wife aku tertanya-tanya sebuah cerita kanak-kanak diadaptasikan kepada filem dengan kategori filem P13.

Sebuah filem kanak-kanak yang diklasifikasikan ganas..hehehehhehe.
Hari Rabu yang lepas, (harga tiket murah), aku dan wife aku menonton filem ini.
Kami bernasib baik dapat tempat duduk dibarisan kedua hadapan sekali.. Tapi OK ler, selesa gak menonton.

Jack The Giant SlayerRanking yang aku boleh kasi pada filem ini ialah 4/5, tidak mengecewakan dan penuh dengan aksi.
Jalan cerita yang pantas dan penuh aksi yang aku rasa tidak melampau sangat. Sesuai juga dilihat oleh kanak-kanak.
Sebab bab mereka makan manusia tidak ditunjukkan...hehehehehehe.
Kisah pengembaraan pemuda bernama Jack, anak pekebun di sebuah kerajaan bernama Albion.
Dan juga kisah seorang puteri Albion bernama Isabella yang suka mencari pengembaraan.

Mereka berdua ditemukan disebuah pasar dan ditemukan lagi apabila puteri itu melarikan diri dari istana.

Pada masa yang sama, semasa Jack dipasar beliau telah bertemu dengan seorang paderi yang telah mencuri kacang ajaib dari penjahat iaitu Roderick.
Roderick pula  akan disatukan dengan puteri Isabella.
Roderik ini memang jahat, tujuannya hendak ambil alih kerajaan Albion dengan menggunakan kacang ajaib tersebut dan memanggil gergasi sebagai tenteranya.

Jack The Giant SlayerSebenarnya gergasi ini pernah turun ke bumi apabila paderi sihir hitam telah mencipta kacang ajaib yang kononnya boleh membawa mereka ke surga.
Tapi sebaliknya mereka di bawa ke kerajaan gergasi!!!

Gergasi tersebut turun ke bumi melalui pokok kacang tersebut dan hampir menghancurkan kerajaan Albion terdahulu.
Namun, raja Albion pada masa itu King Erik telah mengarahkan mencipta senjata yang boleh mengalahkan gergasi tersebut.

Maka dengan menggunakan jantung raksasa tersebut mereka mencipta mahkota sihir dimana pemakainya boleh mengawal gergasi tersebut.

Raja Erik telah menggunakan mahkota tersebut dan mengarahkan semua gergasi tersebut balik ke kerajaan mereka dan pokok kacang tersebut ditebang!!!
Namun terdapat beberapa biji kacang yang belum dimusnahkan dan ia dibawah jagaan Roderick. Dan Roderick juga menyimpan mahkota tersebut.

Jack The Giant SlayerBerbalik semula kisah Puteri Isabella yang telah melarikan diri telah singgah di rumah Jack kerana hujan terlalu lebat.
Tapi sebelum itu Jack telah bergaduh dengan pakciknya telah menjatuhkan sebiji kacang ajaib tu kat tanah.

Nak dijadikan cerita, semasa puteri itu berada di rumah Jack. Kacang tersebut telah terkena air hujan dan tiba-tiba membesar dan membawa puteri tersebut ke kerajaan gergasi..
Bermulalah episod hendak menyelamatkan Puetri tersebut!!

Jack The Giant SlayerDalam pengembaraan hendak menyelamatkan puteri tersebut, pelbagai perkara sedih dan lucu terjadi serta kedengkian Roderick membunuh beberapa pengawal istana.
Selebihnya anda kena tengok ler..hahahahhahaa.Dimana Roderick telah berjaya mengawal gergasi tersebut dan akhirnya mati menyebabkan semua raksasa tersebut turun ke bumi.

Bagaimana dengan nasib lebihan kacang ajaib tersebut?
Adakah Isabella dan Jack bercinta, padahal dalam perlembagaan Albion rakyat BUKAN bangsawan tidak boleh kahwin dengan puteri.?
Bagaimana mereka mengalahkan gergasi tersebut.?

Kita tengok filem Jack The Giant Slayer, sebuah filem yang santai untuk ditonton.

Catat Ulasan

13 Ulasan

boni kacak berkata…
kalau dalam buku, gergasi tu ada satu je, tapi dalam filem ni banyak..hahaha. agak menakutkan
Izwa Kamaruddin berkata…
dah tgk!bestt besttt :)
afzalsukasuki berkata…
aku dah tengok bro.haritu ingat nak tgk rock woo, tapi lambat sangat tayangan dia.

ehh citer ni pon layan gak, ni plan nak tgk GI Joe plak :)
Mummy MM berkata…
Best bah tapi tak ada yang nak neman g tengok wayang. Maklumlah, Incik Boss selalu busy.. Huhu..
Unknown berkata…
omputeh bikin cerita sebijik macam real .. boleh kena heart attack nih kalau tengok cita omputeh .. ekeke ..
Cikrosecute berkata…
macam menarik jer movie nie...
Unknown berkata…
belum tgk lgi. U.U
OKje berkata…
Walaupun mungkin sedap bagi lu...mungkin tidak bagi wa...hehe kurang sukalah cite cam tu layan cinta romantikus lagi best!
Unknown berkata…
remy suka filem nie... penuh pengembaraan......
Unknown berkata…
wah!! baca pun dah terasa menarik...
nak tengoklah nanti...
TiranaAduka berkata…
x sempat tgok lg.adoi.
Bunda_nora berkata…
bunda jarang tengok wayang...pelagi filem camni...menakotkan..
selipar putih berkata…
lama dah tak tengok wayang..tunggu filem y betul2 gempak baru nak tengok balik..