Akhirnya operasi ketenteraan telah digerakkan di Sabah. Satu serangan besar-besaran akan dijalan akan diambil alih oleh angkatan Tentera Malaysia setelah konflik ini meragut 8 anak watan Malaysia serta telah mencderakan beberapa anggota polis.
Aku berdoa keselamatan seluruh anggota kita dan sekaligus berjaya mematahkan pencerobohan orang Sulu yang agresif ini.
Inilah ujian terbesar kepada seluruh anggota keselamatan kita. Hidup Malaysia!!! Hidup ATM!! Hidup PDRM!!!
Tahniah pada penduduk Kampung Sinalang Lama Kabogan yang telah berjaya membunuh penyangak Sulu dengan memukul dia hingga mati. Inilah semangat yang kita mahu dari semua rakyat Malaysia iaitu bersatu ketika negara ini mengalami kesusahan.
Sudah tiba masanya kita mengajar mereka. Sikap berlembut hati kita akhirnya telah memakan 8 nyawa anggota keselamatan kita ini. Ini bukan sesuatu yang perlu dirundingkan lagi.
Begitu angkuhnya mereka membunuh rakyat Malaysia.
Kalau diikutkan hati yang marah ini. Aku tak mahu seorang pun penceroboh Sulu ini di tawan. Lebih baik mereka semua mati ditembak. Tapi kita bukan seperti mereka. Tiada perasaan dan bangga membunuh rakyat kita. Kita sekarang ini mempertahankan kedaulatan negara.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.
Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.
Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.
Disini saya memperlihatkan senarai nama anggota polis kita yang terbunuh di Semporna semalam.
Marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang berjuang mempertahankan negara ini. Jumlah anggota polis kita yang terkorban setakat ini 8 orang.
Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman yang berjihad mempertahankan kedaulatan negara ini..
22 Ulasan
alfatihah kepada yang terkorban...
sedih dgn pewira2 kita yg terkorban..
betul tu Hanif..bila nampak anggota bertugas dimana2 ta perlu nak hebah2kan..
http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/03/kenapa-tentera-belum-serang-penceroboh.html
Betul tu...masa bertolak ansur sudah tamat. Tiada lagi belas kasihan... Hutang nyawa harus di bayar. Semoga kejayaan buat ATM dan Polis dan keadaan kembali aman.
sedih bila insident ini di kaitkan dgn politik
Semoga semuanya selamat disana.aamiin..
walau apa pun fahamna politik,soal nyawa dan keselamatan negara jgnlah di gadaikan..
insya-allah dengan campur tangan pihak tentera.....situasi akan kembali pulih....