Twitter Lady Gaga Jana AS$17 juta

Twitter Lady Gaga Jana AS$17 juta

lady gaga
Penyanyi yang kerap tampil dengan imej pelik, Lady Gaga (gambar) memperoleh pendapatan sebanyak AS$17 juta (RM52.6 juta) menerusi laman Twitter, lapor portal Capitalfm kelmarin. Penyanyi itu mempunyai lebih 30 juta pengikut di Twitter.

laday gagaAkhbar Wall Street Journal melaporkan, dia berada di tempat kedua selepas pengasas bersama Twitter, Jack Dorsey yang menggunakan rangkaian sosial untuk membuat keuntungan. Penyanyi itu menggunakan Twitter untuk memberikan para peminatnya kandungan yang eksklusif, mengemas kini maklumat kehidupannya dan gambar-gambar pengembaraannya.

Menurut majalah Forbes pula, angka tersebut mewakili satu pertiga daripada jumlah keseluruhan pendapatannya sebanyak AS$52 juta (RM161 juta) antara Mei 2011 hingga Mei tahun lalu. Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta juga menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 tahun semalam. Baru-baru ini, dia menjalani pembedahan pada pinggul selepas cedera sehingga menyebabkannya tidak boleh berjalan.

Catat Ulasan

8 Ulasan

Unknown berkata…
dn twitter pn jadi income klau dh femes..^_^
Unknown berkata…
hmm klu dah femes..duti masyukk je kan.. Apa la minat sgt Lady Ghagha ni..ish.. Nmpaknya kami sebaya.. tp knp dia lebih tua?? hahaha
Unknown berkata…
dunia artis..katakan..rezeki dia macam tu..
Unknown berkata…
.org dh kaya mmg sng nk jd lagi kaya kn..
TiranaAduka berkata…
salam bro anep
Pergh...fofuler..
Bro anep

Perkataan yg sama dgn 'tek'
Bukan betik.petik.tilik.bilik.celik
Tapi..apakah?.ada dlm blog ta..
TEK..!RAMAI YG MENCUBA. Try bro anep.
Unknown berkata…
byknya dia dapat....untung sangat kalau dah femes nie.....
OKje berkata…
cantik jugak lady gaga ni ek Nep...
MyFreeMinded berkata…
kalau dah tempek macam2 kat muka tu memang cantik lah di pandang... hehehe

Dah kaya makin kaya.. emmmm...