Adab Sebagai Pekerja Baru

Adab Sebagai Pekerja Baru

hanifidrus
Salam satu blogger. Hari ini aku nak cerita sikit adab sebagai pekerja baru. Situasi apabila kita memasuki suasana tempat kerja tentu berbeza dengan tempat lama kita kan.

Tempat aku sekarang ni ada satu mamat baru masuk kerja. Ada pengalaman kerja 5 tahun kat kilang lain.
Cuma yang aku pelik budak ni tak bergaul dengan rakan-rakan disekeliling tempat kerja.

Termasuk aku...kalau dia lalu sebelah pun dia buat tak pandang.
Penat aku memanjangkan kepala aku..kikikiki.
Dia buat bodoh ajer...hahaha.

Lepas tu aku tukar taktik, aku tegur dia. Dia angguk ajer..
Dah ler aku yang lebih tua tegur dia. Pangkat pun lebih tinggi. Dan satu lagi aku senior kat sini..emmmm.
Rosak budak ni!!!! Aku kata kat kawan aku. Budak ni bermasalah nanti suatu hari nanti kalau peel mcm ni..hihihihi

hanifidrus
Ini blum lagi dengan berpuluh-puluh rakan sekerja yang akan dia bekerjasama suatu hari nanti.
Masalah ni. Aku kenal budak-budak aku. Kalau kau buat bodoh...dia orang 10 kali buat bodoh dengan kau...

Sepatutnya pada masa ni, kau bertegur sapalah dengan semua orang. Kalau tak tegur, senyum pun jadilah..kan..kan..kan.

Bukannya suruh merendah diri. Kalau kau merendah diri pula. Tak pasal-pasal kena buli dengan senior worker kat sana...kikikiki.

Pendek kata, pandai-pandai bawa diri. Bekerja di sebuah produksi kilang ni memerlukan skil komunikasi dan kerjasama yang baik.
hanifidrusSaling memerlukan satu sama lain. Tiada istilah lone ranger!!!

Istilah pangkat kau lebih tinggi dari orang lain tak der makna kalau tiada sesiapa hormati kau.

Istilah pangkat kau lebih tinggi dan menjarakkan diri dengan orang yang akan bantu kau nanti. Itu bunuh diri namanya

Aku rasa aku kena jumpa mamat ni ler. Nasihatkan dia sikit. Kasihan dia nanti kalau kena pulau nanti.
Aku pun tak salahkan dia. Mungkin tu sikap dia kot. Lagipun umur pun budak lagi. Blum faham politik dunia pekerjaan lagi.
Ingat PRU13 ajer politik. Politik kerja lagi dahsyat. Tak pandai bawa diri......habislah lu..

Catat Ulasan

19 Ulasan

wana wazm berkata…
betul tu. maybe abg sndiri yg kena nasihatkan dia. yelah , nama pun budak muda kan. tunjuk ajar ku sifu lah. hehe. =')
Aimacomel berkata…
haah, betul tu abg hanif. bukan setakat kat kilang je, mana2 tempat pun kalau buat perangai camtu memang agaknya tak lama. Team work tu kena ramai2. kalau setakat diam then buat kerja sorang2 mana nak jadinya kan..
Haaa, elok la tu kalau abg hanif rasa tanggungjwab nak tegur dia. tolong sampaikan salam syg eh kat mamat tu. kekeke,
zaxx berkata…
sy pun jenis pendiam..tp tetap try bergaul.huhuu..moga2 tak da yg berkcil hati ngan sy ye..ehhehe
zaxx berkata…
sy pun jenis pendiam..tp tetap try bergaul.huhuu..moga2 tak da yg berkcil hati ngan sy ye..ehhehe
Cik Nor berkata…
good sharing..
Unknown berkata…
memang susah kalau tak pandai nak bawa diri..

~senyum pun jadilah kalau nak bertegur sapa tu pun payah..kan??
Mummy MM berkata…
Tak taulah nak cakap apa sal budak tu. Kalau saya memang pemalu sikit. Kalau owg tegur baru saya cakap dengan owg tu. Tapi x da tahap macam mamat tu.
Unknown berkata…
Memang xberapa suka peel macam ni..ishh
3no gr33ny berkata…
sabar jelah..huhuk
M'Rie R'Nie berkata…
Belum biasa dengan suasana kerja baru kot. Bagilah dia masa abe oi.
TiranaAduka berkata…
bro garang sgt kot .dia jadi takut la..almaklum la bro anep kan otai kat situ.jadi tahap ketebalan untk malu makin bertambh lah.
wantie berkata…
rasanya, dia bertindak berhati hati kot atau dia rasa nenantilah bergaul. banyak benda baru yang nak kena belajar... hahahaha...

atau dia beranggapan, jgn bagi muka, kang orang senang buli pulak.

pegilah sentuh bahu dia tu. kata orang kalau sentuh bahu tu cepat mesra.bukan sentuh tolak bahu tu. maksud saya peluk bahu dia & talk as a freind
kucing comel berkata…
hehehe dia takut org garang tuhhh

- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/
kucing comel berkata…
dia tengah period kot...datang bulan tuuuu

- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/
Aziz Syaidahtul berkata…
alamak...benda bawa diri ni tak berapa nak reti~~~
Unknown berkata…
kt tempat remy pun ada staf baru..... satu kumpulan...... takdelah berpangkat besar pun...tapi memasing kerek semacam jer...takde nak tegur atau ape......sabar aje la....
MyFreeMinded berkata…
manyak sombong arr itu budak.. tapi mungkin dia pemalu kot, tak pun memang dia pendiam, tak pun dia bisu, tak pun dia tak da perasaan... hehehe....
OKje berkata…
betul tu ko taruk sikit Nep....mai sini ko budak baru, b long nak Kasi tau sikit! Haha...
Tanpa Nama berkata…
Salah ke senior tegur junior.
Junior ni kadang2 takut dgn senior.
Nnt salah tegur lain pulok da.
Kteorg ambil langkah selamat kot.
Tegur la kitaorg.