Salam Pada Semua. Apabila kita berbicara tentang K-Pop sudah tentu berkisar tentang muzik K-Pop yang rancak-rancak serta dianggotai oleh ramai ahli. Jika berbicara tentang drama Korea pula, ia berkisar tentang cerita sedih dan mantap..
Selain itu semua artis K-Pop adalah comel, kiut dan kurus-kurus tak kira lelaki atau perempuan...hehehehhe. Semuanya nampak plastik disebabkan banyak pembedahan plastik..Itu aku dengar lerr..
Dan aku memang tak suka K-Pop hinggakan aku mengelar pencinta K-Pop ini lelaki /perempuan gedik...hehehehe. Pernah membuat entri tentang kegedikan peminat K-Pop ini dan terdapat beberapa komen yang marah kat aku.
Tapi setelah beberapa lama, aku terfikir kembali. Aku tak boleh prejudis dalam hal ini. Minat masing-masing bukan boleh kita ukur. Perbedaan umur juga memainkan peranan dalam minat terhadap sesuatu budaya tersebut. Oleh itu aku ambil keputusan memaksa menyukai K-Pop ini. Serius!!
Perkara pertama aku buat ialah aku menonton filem Korea, tajuk aku lupa ler. Kisah pasal pertandingan memasak antara adik dan kakak ini. Memang sedih giler gak cerita ini kerana dalam usaha menyedarkan kakaknya sebagai chef terkenal yag melupai ibu mereka. Aku tengok sampai habis cerita Korea ini.
Aku boleh terima cerita Korea ini..hehehehehehe.
Aku merancang nak menonton lagi filem Korea lagi sampai aku puas hati..
Kebagusan filem Korea ini walaupun moden tapi ia masih menerapkan budaya mereka dari segi pelakuan dan juga cara kerja. Aku taksub dengan penampilan filem yang sedemikan.
Walau bagaimana, ia tetap menampilkan pelakon kurus dan comel....hehehehhe
Perkara kedua yang aku buat ialah dengar lagu Korea. Aku dengar macam-macam kumpulan terutama dalam Astro Hitz kadang-kadang ada lagu Korea kan.
Terdapat beberapa lagu yang menarik minat aku dan juga beberapa lagu yang aku tak berapa suka. Itu normal ler.
Kumpulan muzik Korea , ianya mesti mempunyai ahli yang ramai dan semuanya mesti pandai menari.
Walau bagaimana pun , ia tetap menampilkan penyanyi kurus dan comel....hehehehehe
Aku cuma tak berkenan dengan kumpulan wanita ler. Terlalu seksi sangat dan tak sesuai untuk budaya Malaysia dan anak-anak muda kita.
Ini pengaruh yang tidak baik!!! Marah ini tapi aku tetap menonton gak..hahahahahha.
Aku tak rugi apa pun yang rugi wanita tu ler...
Perkara ketiga yang aku belum buat ialah menonton drama Korea. Yang ini aku tak sanggup kot sebab ambil masa...hehehehe.
Kesimpulannya ialah K-Pop ini boleh lerr... Aku nak sampai jadi fanatik tak der kot. Aku masih boleh terima budaya K-Pop ini lagi. Cuma kita kena pandai-pandai janganlah mencedok budaya mereka yang bukan-bukan seperti buat pembedahan plastik, warnakan rambut menjadi warna-warni macam pelangi atau memakai pakaian yang terlalu seksi sangat untuk wanita.
Atau satu lagi memakai pakaian berlapis-lapis untuk lelaki, cuaca Malaysia tak sesuai bro...lencun kau nanti..hehehehe
I LOVE K-POP!!
12 Ulasan
betul tu, minat masing masing. kalau kita tak minat tak yah tengok. tengok je yang kita minat. betul tak?
tak payah bertekak dengan org lain untuk fikir mcm mana kita fikir dan minat apa yang kita minat.
film korea tu ok jugak la.