Rawang Burger Bakar MITC Melaka

Rawang Burger Bakar MITC Melaka

Rawang Burger Bakar MITC Melaka
Aku tak tahan lagi.... Sudah berbulan-bulan aku dimomokkan di blog tentang burger bakar. Lepas tu pula, member aku cerita dia makan burger bakar!!!
Aku mesti makan burger bakar!!!!! Kalau tak boleh kempunan aku nanti.

Atas tekanan tersebut pada hari jumaat yang lalu semasa aku amik adik ipar aku. Aku beritahu wife yang aku nak makan burger bakar.

Rawang Burger Bakar MITC MelakaBini aku kata tak payah ler. Rumah ada masak. Disebabkan ayat ulang mengulang aku bini aku dah tak tahan, dia kata kalau jumpa kita makan.

Adik ipar aku kata di MITC ada burger bakar. Dan menambahkan kekuatan aku nak makan burger bakar ni, adik ipar aku menawarkan diri nak belanja..hihihihi.

Memang kami pun on the way lalu MITC. Adik ipar tunjukkan Rawang Burger Bakar yang didakwa oleh adik ipar aku popular disini.
Macam-macam menu ada di kedai ini. Bini aku order Burger Bakar Ombak Rindu. Adik ipar Chicken Top. Dan aku order Hots Chick.
Nama burger bakar dia orang gempak-gempak.
Disebabkan nama hot chick...tu aku oder..kikiki.
Rawang Burger Bakar MITC Melaka
Burger dia orang tak besar giler macam aku baca kat blog. Tapi daging dia 3 kali besar dari daging biasa.
Memang kenyang makan burger bakar ni. Sodap jugak dengan pelbagai variasi campuran seperti cheese, black pepper dan lain-lain.

Aku dengan adik ipar dapat burger ayam. Bini aku daging lembu kot. Bini aku kata muak makan daging. Tu ler tertipu dengan Ombak Rindu dia...hihihihihi.
Oleh itu Hot Chick dan separuh Ombak Rindu aku kerjakan.hahahaha.

Rawang Burger Bakar memang awesome..
Cuma hairan..apasal kau orang namakan Rawang Burger Bakar padahal di Melaka.

Syukur alhamdulilah akhirnya niat aku nak makan Burger Bakar tercapai. Terima kasih pada adik ipar aku yang memahami perut abang ipar dia..hehehehehe
Terima kasih pada bini aku yang merelakan aku malam tu makan burger bakar....hehehehehe.


 

Catat Ulasan

24 Ulasan

Unknown berkata…
Terbaekk..kalau la ada kat Dungun ni..meletopp
Sukma berkata…
nak try nie...belum rasa weyyyy.....
amirofie berkata…
Rasanya dia namakan Rawang Burger Bakar ni sebab kemungkinan di MITC tu adalah cawangan burger bakar yang popular di Rawang. Penulis hari-hari lalu depan gerai Rawang Burger Bakar yang di Rawang masa balik kerja tapi belum sampai seru nak singgah. Mungkin satu hari nanti akan disinggah jugak bersama dengan isteri dan anak-anak.
Shaiful Zaidi berkata…
pernah sekali makan burger bakar.saya lebih suka burger biasa drp burger bakar...
Unknown berkata…
den sehingga hari nih tak pernah merasa lagi burger bakar...huhu
Mummy MM berkata…
Pergh, sampai melimpah ruah..
Kerapu berkata…
burger bakar memang best. kat Ipoh ada satu...kat Dataran MBI.. malam aje... kaw
mama3heroo berkata…
sedapnye..da byk kali duk lalu situ,ajak hubby singgah..x dpt2 lg..pernah mkn burger bakar sekali je dkt bukit beruang nun..
Unknown berkata…
Terima kasih en.Hanif Idrus..kerana nasihat anda saya berjaya hari ini..wah ayat..

http://cinta25hb.blogspot.com/2013/04/traffik-naik-mendadak.html
Cik Nor berkata…
sdapnya buger tu a.hanif..:)
Unknown berkata…
wahhh... memang best la kalau dapat pekena burger bakar ni..
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum bro. akhirnya kan. tercapai hajat bro. hehehehe. sedap wehhhh
Ramly berkata…
Burger bakar kaw2 kat KL tu dah try ?

http://www.jomjalan.com.my/listings/burger-bakar-kaw-kaw/
wantie berkata…
wah .. nama burger tu memang gojes. memang advance pengusaha burger sekarang ye..

harga pun kemian lagi kan..kan...

bapa hengget burger ombak rindu tu?
mana tau bila makan boleh berombak ombak perut ni.

pas tu rindu rinu plak nak pekena lagi.kikikikik
Tengkubutang berkata…
aduuhhhh.. kelaparan teman klu asik nampak makanan je ni.. burger bako lak 2.. nyum2!
fyna berkata…
sebelum beli dulu, fyna tak suka. sekali dah beli...mahu lagi ok...hehehehe...nyum..nyum..
Forester berkata…
sedapnye baunyeee,... btul..btul.. btul..
Tanpa Nama berkata…
asal di rawang kut..banyak tempat kut rasanya..menyelerakan
Aziela berkata…
MITC...? Kat belah mana tu? Dalam kawasan MITC ker, kat Subaidah ke, atau area2 Mydin?
Aimacomel berkata…
Baru lg ke buka? Aritu g Melaka tidur kat Mitc tu tp xde perasan pun buger ni.
MyFreeMinded berkata…
dah biasa tengok kat web.. hehehe.. tapi tak pernah lagi tengok depan mata... dasat tu namanya.. "Hot chick".. hahaha
Akupenghibur.com berkata…
wahhh sedapnye!! nnyum nyumm
Unknown berkata…
tertiba merchik air liur......hu3
OKje berkata…
tak pernah test lagilah....