Tudung berjenama Fareeda berona biru yang diilhamkan sendiri oleh penyanyi tersohor Negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin telah berjaya dilelong sehingga bidaan tertinggi RM2,800.
Tudung yang telah dilelong dalam satu majlis amal, Malam Amal Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, malam semalam itu bertujuan untuk mengumpul dana untuk dua pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia.
Selain tudung tersebut iaitu tudung yang dipakai Siti Nurhaliza ketika membuat persembahan di malam amal itu, sehelai tudung lagi gabungan rona merah dan hitam turut dilelong dengan bidaan RM1,100 serta sebuah potret lukisan wajah Siti Nurhaliza memakai tudung yang dilelong karya pelukis tersohor Abdul Rahman Sulaiman berjaya dibida sehingga RM2,600.
Siti Nurhaliza berkata, dia bersyukur kerana 2 helai tudung yang diilhamkan olehnya itu berjaya dilelong dengan harga yang agak tinggi untuk disumbangkan kepada dana yang akan disalurkan itu. "Alhamdulilah, nampaknya tudung rekaan saya ini berjaya dilelong.
Kebetulan salah satu daripada harga bidaannya iaitu RM1100 ada juga lekat nombor kegemaran saya iaitu 11 bersamaan dengan tarikh lahir saya. "Tudung yang saya ilhamkan ini agak berbeza daripada tudung biasa.
Jadi kepada pembidanya nanti saya perlu mengajar cara memakainya," katanya ketika majlis amal tersebut.
Siti pada majlis amal tersebut, telah mempersembahkan enam buah lagu termasuk Tahajjud Cinta, Nirmala, InsyaAllah (Maher Zain) , Padamu Ku Bersujud ( Afghan) dan Ketika Cinta Bertasbih. Selain Siti Nurhaliza, artis yang turut hadir Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia seperti Bob Yusof, Fahrin Ahmad, Lisdawati, Wan Sharmila, Soo Winci dan ramai lagi.
Sumber: murai.com
Gambar Siti masa muda sebelum pakai tudung. Syukur Siti dah berubah..Besar impaknya kerana beliau bayak pengikut setia.

31 Ulasan
Mahalnya harga utk sebuah tudung, itulah impak hasil tangan dari selebriti apatah lagi yg bernama Siti Nurhaliza.
p/s: Semakin manis pula Siti bila dah bertudung penuh ni...
http://forester-untad.blogspot.com/
tp memang berbaloi..rekaan pun unik n cantik
alhamdulillah..ct dh pakai tudung sepenuhnya..olwes support ct
Takpe lah utk amal jgk. :)
hasil ni semua utk yayasan aids
Lawatan di malam jumaat..hehehe tudung oh tudung..
*tapi siti ttp my feveret dulu, kini dn slamanya.. ayu, manis, cuun ^__^ tu la lega die da pkai tdung lengkap, moga jd ikutn yg baik ye kak siti :)
jemput join segmen yerk:
http://lelakiini89.blogspot.com/2013/04/segmen-bloglist-bulan-april-lelaki-ini.html
dengar perkataan Lelong tu, mesti harga murah kan. Ni terbaiknya lelong HI oi...