
Pertandingan kali ini temanya ialah DANGDUT atau koleksi lagu 60an
Acara pembukaan di nyanyikan oleh Mas Idayu yang juga sebagai juri jemputan pada kali ini yang sesuai dengan tema Dangdut pada Kilauan Emas 3 Minggu Keempat.
Kilauan Emas 3 Minggu Keempat peserta yang mempunyai markah terendah ialah Silah dan Din.
Kali ini yang tersingkir adalah Din.
Satu keputusan yang agak mengejutkan kerana persembahan yang memang jelas agak teruk pada malam itu ialah Silah. Beliau tidak mampu membawa lagu Jamal iaitu Gadis Melayu dengan baik. Hinggakan Datuk Ramli MS telah menegurnya persembahan beliau kali ini agak hambar berbanding persembahan yang lalu.
Manakala untuk Din pula tiada komen yang negatif pihak juri berikan.
Namun selain dari undi pihak juri, kita harus mengambil kira undi SMS penonton. Mungkinkah Silah terselamat kerana undi dari penonton?
Inilah adat pertandingan, ada yang kalah ada yang menang!!
Lain-lain yang menarik dalam pertandingan ini ialah Mior telah rebonding rambut yang yang berkerinting tu...hehehhehee. Baru nampak macam artis....kikikiki.
Manakala nenek Ros pula pakaian pada malam tu dahsyat betui danseperti biasa bergaduh dengan Datuk Ramli MS. Bini aku terkekeh -kekeh ketawa melihat perangai selamba nenek Ros.
Kejutan juga telah diberikan kepada Nenek Ros, kemunculan ibunya sempena Hari Ibu.
Dan satu lagi, lupa nak beritahu entri Kilauan Emas aku telah mula mendapat pageview yang baik semenjak semalam melalui keyword ini.
19 Ulasan
http://www.nooratikahramli.com/2013/05/top-commentors-free-gift.html
klau mama husna mintak nk masuk ni, konfem bantah 100%..errr..