
Penambahan naik taraf kereta racing aku ini melibatkan tambahan aksesori bumper untuk penyendap hentakan supaya apabila berlaku hentaman ketika memandu akan mengurangkan kerosakan kereta ..hahahhahaa.
Tahu-tahu ajer ler kalau budak-budak bawa kereta remote ini. Sure semua dilanggarnya!!!
Kalau aku tak alas bumper itu dengan span sudah pasti dalam masa 2 minggu kereta itu akan terbarai.
At least boleh tahan sebulan pun aku dah cukup bersyukur sangat. Biasalah anak lelaki..lasak dalam menjahanamkan harta benda yang ada..kikikiki.
Sebenarnya aku malas nak beli tapi dah 2 bulan dia minta kereta remote ini. Tapi mak dia dah sound kalau nak kereta remote kena pandai membaca.
Sekarang ini dah pandai membaca sikit so aku belikan ler kereta remote tu.
Sekarang ni sedang belajar memandu dan semua dinding yang ada sudah dilanggarnya dan setakat ini aksesori penyendap hentakan telah berjaya menjalankan tugasnya.
Manakala kaki neneknya sudah beberapa dilanggar sebagai bahan percubaan...hehehhee.
Sori mak yek... Cucu awak ini nakal sangat..!!!
14 Ulasan
demi keselamatan bersama...
betul tu DAP naik mendadak.. ntah ler..