Perkara Paling Ditakuti Sebagai Blogger

Perkara Paling Ditakuti Sebagai Blogger

Salam satu blogger. Perkara yang paling ditakuti oleh aku sebagai blogger telah bermula!!!!

Kalau sekadar dimarahi oleh anonumus...aku masih kental lagi.
Kalau sekadar Alexa aku drop tiba-tiba...I'm still OK.
Kalau trafik blog aku menurun..aku mampu tersenyum terik lagi.

TAPI kalau tiba-tiba idea kau jadi tepu. Tak mampu nak pikir..apakah entri yang hendak dibuat. Itu yang paling aku takuti.

Dalam masa 2 minggu ni aku seperti missing in action. Tak tahu nak tulis apa!!!.
Nak tulis tutorial, otak aku tak mampu menjana idea. Nak tulis gossip, aku bukan artis!!!!

Buat sementara ni, aku cover idea terencat ni dengan menulis rancangan TV. Nasib baik Kilauan Emas 3 dan The Apprentice Asia boleh membantu aku buat seketika.

Selain itu terpaksa cedok dari paper berita-berita dunia yang ada. Malangnya cerita sensasi agak kurang sejak kebelakangan ni..huhuhuhu.

So aku terpaksa guna gambar-gambar nasihat atau gambar pelik masukkan ke blog aku..

Nasib baik ada kerja kahwin cuti sekolah ni. Boleh aku ketik gambar masuk ke blog..

Isnin...The Apprentice.
Selasa....belum ada idea.
Rabu...Kilauan Emas 3..
Khamis..belum ada
Jumaat...belum ada idea.
Sabtu/Ahad...belum ada idea.

Tapi aku bersyukur...ada rakan-rakan blogger sudi singgah ke blog HanifIdrus ni yang dilihat semenjak 2 minggu ni agak bercelaru...

Kerana anda semualah...aku terus bertekad untuk re-fresh balik idea-idea baru untuk blog ini. Terima kasih untuk semua.

Sebenarnya kecelaruan idea ini setiap blogger pasti akan alaminya dan sudah lama aku tertanya bila giliran aku...

Sekarang dah dapat..memang aku mencik!!!!
Kini aku terpaksa perluaskan skop/labelling blog aku ni. Mencari idea-idea baru untuk blog ni.

Aku rasa ramai rakan-rakan blogger aku pernah alaminya kan? Nak menaip entri tapi zero idea. Memang frustkan...hihihihi.

Perkara ni berlaku hanya ada 1 sebab. Iaitu apabila kita sudah berblogging lama. Topik yang kita ingin kita sampaikan sudah habis atau itu sahaja setakat ilmu yang kau ada.

Kalau nak cerita tentang kehidupan kita ni. Bukannya selalu kita ada perkara yang hendak dibincangkan.

Mahu tak mahu..as blogger sentiasa kena upgrade skop blog anda dari masa ke semasa. Kalau tak...kau jadi macam aku ni..hahaha.

Idea stuck!!!!!!  Akhirnya komputer pandang kau.. Blogwalking pun hancus sebab lama sangat nak cari idea.....

Catat Ulasan

20 Ulasan

Lieza Nordin berkata…
hehhehe.. xpe.. kalau saya, leh godek2 entri y lama y masih belum dibaca :DD biasa r tu.. bukan sllu idea dtg..ngee~~ sbb itu idea tu mahal :))
Unknown berkata…
takda idea? tnya abg ben camne nak dapat idea,,hehehehehehe
Unknown berkata…
Bahaya penyakit ni.. Boleh berjangkit pulak tu.. haiyaa.. sy pun tgh cari idea nak mantapkan penulisan ni..
Izzat Eshak berkata…
Tepu ilmu tu boleh diubati dengan beli buku dan baca, pastu ulas. Tak pun cerita apa yang menarik berlaku setiap hari?
Unknown berkata…
senasib la kita... tak banyak benda menarik nak dikongsi. ditambah lg dgn rasa malas =.='
Anisa Anuar berkata…
layan jgk apprentice..tp mmg la...kalau xde idea..alahai...
Shaiful Zaidi berkata…
salam Hanif...kekadang saya pun jadi mcm tu. nak pilih entri yg sesuai pun susah...huhuhu
Unknown berkata…
yup, betul tu. kdg2 takda idea terpaksa biarkan blog mcm tu je. hehehe.
Unknown berkata…
knah pun akhir2 nie otak jadi tepu..mood nak mengarang hilang ke laut..sebab hari2 tengok laut kut..
FaizalRSD berkata…
Jangan tension bang.Saya pun tgh lalu fasa tepu ni.Lepas namratus lebih entri,rasa mcm takde apa nk tulis dah.nak plak keje makin byk ni.kekadang idea dtg ms tgh naik moto,smpai opis idea ilang,huhu!
Unknown berkata…
haha tension kan bila kering idea..!
Unknown berkata…
blog aku pun dah jem sekarang.....hantuk kepala dekat dinding pun idea masih tak mahu datang....punoh cam ni.....
Razif berkata…
Salam Bro Haniff pekabo dh lama singgah sini ... aku datang bro

Betul tu bro apa yg ko katakan
Bin Muhammad berkata…
Salam Tuan HI :)
Memang ianya akan terjadi kpd setiap blogger... Perluaskan skop mungkin salah satu jalan penyelesaian tapi jgn terlampau carca marba...nanti identiti blog entah kemana... Ayat keramat di header menjadi tidak bermakna, hala tuju tanpa arah... Rugi Tuan. Biar sikit entri tapi penuh bermakna :)
p/s: pendapat saye je :)
Tanpa Nama berkata…
ye bro..kekadang hal itu berlaku...adoi mak..jenuh nak cari idea...
kucing comel berkata…
aku takut blog kena delete atau kena hack tu je...sia sia pengorbanan masa, tenaga & duit hahaha

blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/
MyFreeMinded berkata…
x perasan pun blog haniff bercelaru, sebab singgah bila ada kesempatan masa
Unknown berkata…
ahaha..jgn di sgka..husna pon sekarang masa ada idea x muncul, bila idea ada masa plak x muncul, dan penyakit malas sering menghantui..-..-
wantie berkata…
hahaha..idea tepu
OKje berkata…
Selalu Nep...tapi yelah kita ni blogger pinggiran je,...tak de sapa pandang so tulis sesuka hati aje le hehe