Rancangan realiti ini akan berlangsung selama 11 minggu !!
Kali ini The Boss ialah Tony Fernandes, hero Air Asia sambil dibantu oleh dua pembantunya iaitu Kathleen Tan, Chief Executive Officer of Expedia Asia dan Mark Lancester, CEO Tune Hotel.

Mereka terbahagi 2 kumpulan iaitu Team Perempuan "The Apex" dan Team Lelaki " The Maverick".
Dalam pertarungan kali ini Team Maverick kalah dengan Team Apex. Walaupun kedua-dua kumpulan tersebut rugi tapi Team Maverick mengalami kerugian yang terbanyak.
Kasihan aku melihat Hendry peserta dari Indonesia yang dilantik sebagai Pengurus Projek telah dipecat oleh Tony Fernandes. Beliau merupakan peserta pertama yang dipecat dalam rancangan The Apprentice Asia.
Apa yang dapat aku pelajari The Apprentice Asia minggu pertama ini ialah bukan senang menjadi pemimpin dikalangan pemimpin. Hendy mengalami masalh dalam menguruskan ahli-ahlinya yang cuba menonjol dalam pertandingan ini hingga beliau menjadi kelam kabut.
Kedua apa yang aku lihat, sebelum kita memulakan perniagaan kita mesti mempunyai pengetahuan dalam perniagaan tersebut.
Apa yang berlaku mereka tidak mengenali jenis ikan yang dijual dan mereka menjual dengan harga yang rendah dan merugikan!! Kedua-dua kumpulan menghadapi masalah yang sama!!
Ketiga ialah labelling dan harga mesti diletakkan disetiap produk yang banyak supaya kita tidak salah tag harga hingga merugikan. Ini yang berlaku pada Team Maverick yang menjual ikan sebelum tag harga diletakkan dan menjual ikan dalam keadaan rugi.
Akhir sekali, aku tak respek dengan Hendy kerana mengakui kekalahan kumpulannya adalah kerana kelemahan beliau. Sebenarnya dalam sesuatu kumpulan, mesti mempunyai ketua dan seorang yang dilantik harus dihormati keputusannya. Itu basic!!
Tapi dalam kumpulan Team Maverick, ada yang nak tunjuk pandai seperti Hanzo yang menjual ikan sebelum tag harga diletakkan hingga merugikan mereka. Maka Samuel pula langsung kaku dalam mempromosikan jualan ikan mereka!!
Untuk aku Hendy tak bersalah tapi pendiriannya aku respek!! Sebab itu masa penyingkiran dia memilih Nazril dan Alexis tunggak kumpulan agar beliau sendiri dipecat.
Itulah cerita minggu pertama The Apprentice Asia.
Si lelaki kalah dengan perempuan..huhuhuhuhu...Sedihnya!!!
15 Ulasan
Mungkin boleh tengok ulangan
Pasti menarik =)
almaklumlah si kecik tu nak nonton kartun je.
boleh tak aku nak bljr msuk rncangan ni?
rugi sgt sbb xkenal jenis ikan...
:)
blom tengok lagi
xpe nanti nak record
blh tengok bila2 masa free
yeah..alex d bez..celina pun ok gak