Wajah Buruk Suntik Minyak Masak Di Wajah

Wajah Buruk Suntik Minyak Masak Di Wajah

Hang Mioku
Seorang wanita yang ketagihan pembedahan plastik menyuntik minyak masak ke wajahnya apabila doktor enggan memberikan suntikan silikon lagi.

Bekas model Hang Mioku mengalami kecacatan kekal ekoran rawatan kecantikan yang dilakukan sendiri itu. Selepas menyuntik sebotol silikon dari pasaran gelap ke wajahnya, Hang menggunakan minyak masak hingga menyebabkan wajahnya membengkak dan berparut.

Kegetirannya itu disiarkan televisyen Korea dan penonton memberi sumbangan jutaan won bagi bayaran pembedahan memulihkan wajahnya.
Hang Mioku
Ketika 10 pembedahan pertama, pakar bedah mengeluarkan 60 gram silikon, minyak serta bahan asing lain dari mukanya dan 200 gram dari lehernya. Bagaimanapun, Hang masih kelihatan cacat dan dia berkata, dia berharap dapat memiliki wajah lamanya semula.

Hang menjalani prosedur pembedahan plastik pertama ketika berusia 28 tahun dan kemudian berpindah ke Jepun, di mana dia mendapatkan rawatan berulang kali. Dia serta-merta ketagih untuk memperoleh kulit yang lembut dan licin.

Doktor akhirnya enggan melakukan pembedahan terhadapnya selepas wajahnya membesar dengan ketara. Bagaimanapun, dia dapat membeli sebotol silikon dan picagari untuk menyuntik dirinya tetapi apabila sudah habis, dia menggunakan minyak masak.
Hang Mioku

Wajahnya jauh berubah hinggakan ibu bapanya tidak dapat mengenalinya dan kanak-kanak menggelarnya ‘kipas angin berdiri’ kerana wajahnya amat besar berbanding dengan tubuhnya yang kecil.

Pelbagai pembedahan yang dibayar dengan wang sumbangan berjaya mengecilkan saiz wajah dan lehernya, tetapi dia masih mengalami kecacatan. Baru-baru ini, bekas model itu bekerja di kedai pakaian kitar semula bernama ‘The Beautiful Shop’ dan menerima bantuan daripada kerajaan.

Catat Ulasan

16 Ulasan

Pokok Manggis Depan Rumah berkata…
Macam-macam mereka ni kan.
Unknown berkata…
hmmmm kesiankan...perubahan yang ketara..
Unknown berkata…
dah cantik,, nak lebih cantik lagi.. hm..
Salmi berkata…
Pentingnya bersyukur..
Cik Nor berkata…
dah cantik tp nak lg cantik..itulah akibatnya..huhu
Unknown berkata…
sian tengok
wajah asal dia sgt ayu
wantie berkata…
adoi....ni la kan. nak ubah ciptaan allah. moga moga org islam kita tak jadi gini. terimalah anugerah allah yang cukup sempurna ciptaannya.

MalizaMah berkata…
aduhai.......
Unknown berkata…
bersyukurlah dengan apa yg ada.. jadikan benda ni sbg pengajaran..insyaALLAH..
Unknown berkata…
harus bersyukur apa yg ada..
my notes berkata…
tu sbb haram mengubah kejadian asal . kerana akhirnya memudaratkan diri sendiri ... iktibar ...
Aimacomel berkata…
padah nak cantik sgt
boni kacak berkata…
sebab tu kita kena bersyukur sentiasa dengan apa yang dianugerahkanNYA kepada kita :)
kucing comel berkata…
dah lama treads ni..muncul lagi hehe

- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

Unknown berkata…
Astraghfirullah..muka dah elok2 pandai sgt dok p suntik bagai..-.-
Unknown berkata…
kalau dah letak minyak masak terus pi goreng ler......