Gara-Gara Mahukan Pinggul Besar.

Gara-Gara Mahukan Pinggul Besar.

Polis melancarkan siasatan selepas seorang wanita yang menjalani prosedur pembesaran dan pemejalan pinggul mati setelah menerima suntikan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya doktor dari Venezuela.

Suyima Torres, 28, mati April lalu dan polis menganggap kematiannya sebagai kes bunuh berikutan pusat kesihatan yang dikunjungi mangsa beroperasi tanpa lesen. 

Suyima dilaporkan mengunjungi pusat kesihatan dan estetik Cuerpos untuk menjalani prosedur berharga AS$1,500 (RM4,686) di mana cecair kuning disuntik di kedua belah pinggulnya, menurut dokumen mahkamah. 

Beberapa minggu kemudian, dia menjalani satu pusingan suntikan lagi dan berasa pening sejurus selepas prosedur itu. Dia mati 10 jam kemudian.

Dia membayar $2,300 (RM 7,186) secara tunai untuk kedua-dua suntikan itu. Walaupun punca kematiannya tidak diketahui, polis menyifatkan ia sebagai pembunuhan.

Polis Miami Dade merampas rekod, perubatan dan komputer dari pusat kesihatan itu. Tiada dakwaan difailkan tetapi pihak berkuasa masih mengumpul maklumat lanjut daripada ahli keluarga suspek dipercayai terbabit dalam kes itu.

Suspek dipercayai sudah melarikan diri meninggalkan negara berkenaan.“Kematian Suyima berlaku hanya 16 hari selepas Dailen Garcia, 20, mengatakan dia menerima suntikan pinggul di pusat sama sebelum menghadapi masalah penglihatan dan pendarahan di paru-paru. 

Dailen dirawat di unit rawatan rapi di hospital, lapor NBCMiami. Kes pembesaran dan pemejalan pinggul paling terkenal ialah yang membabitkan wanita yang mendakwa pakar kosmetik, Oneal Morris yang menyuntik ‘bahan toksik’ yang digunakan untuk menampal tayar dan gam Super Glue ke punggung pelanggannya. 

Seorang pelanggan Oneal maut selepas menerima suntikan serum toksik di pinggul, pinggang dan payudaranya. Shatarka Nuby, 31, adalah pesakit pertama Oneal mati kesan daripada prosedur itu.

Dia sempat memberitahu rakannya, kawasan yang disuntik menjadi tegang dan panas. 

Oneal, 32, kini berdepan dengan beberapa tuduhan membunuh di Florida selepas pesakit lain mendakwa kesihatan mereka terjejas selepas dia menyuntik bahan kimia pada pinggul mereka. Oneal menjalankan rawatan itu di bilik hotel dan rumah pelangganya.

Catat Ulasan

12 Ulasan

Blog Santai berkata…
Macam-macam dia orang ni..tapi pelik sikit kot coz rasanya tak ramai yang nak pinggul besar..he..he
Unknown berkata…
sunguh bahaya, kenapa sering nak ubah ciptaanNya ygdah molek.marilah bersyukur
Yu. Syamz berkata…
peringatan untuk bersyukur dengan ciptaan dan kurniaan Allah..:)

salam kenal
wantie berkata…
ntah le kan..kekadang manusia ni tak bersyukur dengan apa yang dorang ada...

Aimacomel berkata…
nak cantik dan mati kerananya.. aduhh
Tanpa Nama berkata…
bersyukurlah pada apa yang kita miliki...
Mummy MM berkata…
Tu lah.. Lain kali suntiklah lagi.. Nak sangat.. Saya, even tengok jarum suntikan pun rasa macam nak pengsan.. Berani betul..
kucing comel berkata…
tuhan dah bagi bentuk badan kita...so kita jaga la...bukan nak modified sana-sini... kalau pasal kegemukan then nak kurus... kena fikir cara yang sihat...bukan bedah sana sini..makan ubat2 bahaya..

Blog 3 Dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/
Unknown berkata…
Adoii macam2..
panas berkata…
hahai....macam2 dunia.....

http://cerciterpanas.blogspot.com
panas berkata…
macam2....

http://cerciterpanas.blogspot.com
Unknown berkata…
nak cantik punya pasal...akhir nya memakan diri.....