Kan Singapura kena tembak dengan Indonesia pasal kes Jerebu ini...hehehehehe...
Aku pernah buat entri pasal kes Jerebu ini, apa salahnya negara-negara ASEAN yang kaya ini memberi bantuan kewangan dalam menangani masalah Jerebu ini.
Kenapa pembakaran terbuka berlaku di Indonesia. Kenapa tiada pemantauan yang dilakukan. Adakah sistem yag lebih baik selain pembajaran hutan secara terbuka.
Ini semua berkaitan dengan kos $$$$. Bantu operasi pembersihan hutan di Indonesia dengan memberi bantuan kewangan dan teknikal. Sudah tentu masalah ini dapat di atasi !!!
Penyelesaian maslah ini adalah antara kerajaan dan kerajaan ASEAN.
Bukannya komplen sahaja..hahahahaha. Padan muka.
Indonesia semalam menuduh Singapura berkelakuan ‘seperti budak-budak’ ekoran isu jerebu daripada pembakaran hutan di Sumatera yang mencetuskan krisis persekitaran terburuk di republik itu lebih sedekad, ketika kedua-dua negara itu mengadakan rundingan.
Ketegangan yang kian meningkat antara Singapura dan jirannya berlaku berikutan tahap jerebu yang menyelubungi pulau itu mencatat rekod tertinggi, mengaburi seluruh negara itu dari blok penginapan penduduk hingga kepada barisan pohon di taman.
Sementara bau hangit lalang dan kayu yang terbakar merebak ke flat penduduk dan topeng pernafasan habis dijual di kedai ubat. Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, krisis itu mungkin berlarutan selama beberapa minggu dan menggesa rakyat menghadapi situasi itu bersama.
Singapura meningkatkan desakan terhadap Jakarta agar mengambil ‘tindakan muktamad’ bagi memadamkan kebakaran itu, tetapi Indonesia membalas dengan menegaskan syarikat Singapura yang memiliki perladangan di Sumatera juga patut dipersalahkan.
“Singapura tidak patut bertindak seperti budak-budak dan sibuk membuat bising,” kata menteri Indonesia yang mengendalikan isu itu, Agung Laksono kepada wartawan.
“Ini bukan yang diingini Indonesia, ia disebabkan keadaan semula jadi,” katanya.
Komennya itu dibuat ketika Kementerian Luar Indonesia mempengerusikan mesyuarat tergempar di Jakarta yang dihadiri Ketua Eksekutif Agensi Persekitaran Kebangsaan Singapura (NEA), Andrew Tan.
Indeks pencemaran udara Singapura mencatat bacaan baru yang tertinggi semalam, melonjak kepada 371 pada jam 1 tengah hari, melepasi rekod sebelum ini iaitu 321 yang dicatat pada malam sebelumnya, sebelum ia jatuh pada waktu tengah hari. Sebarang bacaan di atas 300 dikira ‘berbahaya’, manakala bacaan di atas 400 ‘mengancam nyawa warga tua dan mereka yang sakit’, menurut panduan asas kerajaan.
Perdana Menteri Singapura enggan membalas komen provokatif Agung, mengatakan dia tidak mahu terbabit dengan pertikaian itu. Lee menggesa penduduk duduk di dalam rumah dan melindungi diri mereka daripada jerebu yang melanda republik itu sejak Isnin, meminta rakyat ‘saling menjaga antara satu sama lain’.
7 Ulasan