Menangis Air Mata Darah

Menangis Air Mata Darah

Air Mata Darah
Doktor di Chile bingung apabila seorang wanita mengalirkan air mata darah.
Yaritza Oliva ketakutan apabila kejadian ganjil itu mula menimpanya awal bulan ini.

Sejak itu, tanpa sebarang amaran, mata wanita berusia 20 tahun itu mengalirkan darah beberapa kali sehari.
Yaritza mengunjungi doktornya tetapi apabila tiada tanda jangkitan ditemui, dia disuruh pulang dengan diberikan ubat titis mata untuk menangani kesakitan yang menurutnya, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Ibu bapa Yaritza meminta rakan dan jiran di Purranque untuk membantu mereka mengumpul wang secukupnya bagi membolehkan wanita itu dirawat pakar mata.

Air Mata Darah
Bapanya, Jose yang bekerja sebagai tukang kayu, merayu dalam satu rancangan televisyen tempatan dengan berkata: “Letakkan tangan di dada anda, lihat keadaan kami dan bantu anak kami.”

Yaritza mungkin menghidap penyakit yang jarang berlaku yang dikenali haemolacria. Penyakit itu menyebabkan penghidapnya mengalirkan air mata mengandungi darah.

Setakat ini hanya terdapat tiga kes yang dicatatkan yang mungkin menjadi tanda kepada penyakit lebih serius atau ketumbuhan atau berpunca daripada paras hormon yang tinggi pada wanita subur

Catat Ulasan

11 Ulasan

Mummy MM berkata…
Ee, takut pulak aku dengar tapi kakak nie ada bakat jadi pelakonlah. Pelakon drama seram. Huhu..
Tanpa Nama berkata…
takut juga asyik keluar darah je...
Unknown berkata…
eee raa geli plak bila tengok darah tu. hmm kunfayakun
jie susanos berkata…
kali pertama dgr ni..
AimiiiLove berkata…
uishhh, dugaan ALLAH nak bagi ni. gulp!
wantie berkata…
Misterinya...
Unknown berkata…
Waa menggerunkan..kalau saya, tentu dh pengsan..mabuk darah..
Unknown berkata…
parah kalau dia menangis........seram....
Unknown berkata…
semoga ada penawarnya..
OKje berkata…
Dah baca dah..... tapi memang ngeri jugak kalau keluar darah mcm tu!
ayut berkata…
aduhaiii...ngeri tgk...harap2x jumpelah penawar yer...