Pihak berkuasa wilayah Delhi bersiap sedia untuk menaikkan usia bersara guru sekolah kerajaan daripada 62 kepada 65.
Nota Kabinet berkait dengan perkara itu sudah disiapkan dan sumber kerajaan berkata, langkah itu mungkin diluluskan dalam mesyuarat Kabinet Delhi. Langkah itu yang akan memberi faedah kepada 300,000 guru dilaksanakan hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya tempatan di Delhi.
Menteri Pelajaran negeri, Kiran Walia berkata, keputusan menaikkan usia bersara sudah sekian lama dituntut oleh guru. “Dengan menaikkan usia bersara bermakna sekolah di negeri ini mempunyai lebih ramai guru berpengalaman,” kata Walia.
Pegawai kanan kerajaan Delhi berkata, fail untuk proses itu sudah disediakan dan ia mungkin diluluskan minggu depan. Pemimpin kanan Parti Kongres berkata, tindakan itu akan memberi keuntungan kepada parti berkenaan menjelang pilihan raya memandangkan jumlah guru yang ramai di Delhi dan hakikat bahawa guru turut mempengaruhi pengundi.
Delhi pun naikkan kan umur bersara 65 tahun..Malaysia hanya 60 tahun ..heheheheh

7 Ulasan