Kerana Menari , Mati Ditembak!!

Kerana Menari , Mati Ditembak!!

hanifidrus

Hanya menari mati ditembak, iskkk betapa kejamnya rakyat Pakistan di sana yang benar-benar merendahkan martabat wanita.

Budak-budak nak menari suka-suka biarkanlah ler..bukannya dia menari seksi bersama lelaki lain. At least kalu nak beri pengajaran pun bukan di tembak mati bersama ibu mereka.

Dua adik beradik perempuan dibunuh selepas dituduh mencemarkan nama keluarga dengan merakam video menari dalam hujan.

Gadis itu yang berusia 15 dan 16 tahun dilihat berlari dengan berpakaian tradisional di luar kediaman mereka di Chilas, di wilayah Gilgit, utara Pakistan. Noor Basra dan Noor Sheza kelihatan seperti menari dan seorang daripada mereka melemparkan senyuman pada kamera.

Bagaimanapun, apabila rakaman itu tersebar menerusi telefon bimbit, ia mencetuskan kemarahan penduduk bandar konservatif itu.

Ahad lalu, kedua-dua beradik itu ditembak mati bersama-sama ibu mereka oleh lima lelaki bersenjata.

Polis mengesyaki abang tiri gadis berkenaan, Khutore mengatur pembunuhan itu kerana mahu ‘mengembalikan maruah keluarga.’

Tahun lalu, empat wanita dibunuh penduduk kampung kerana menari dan menyanyi bersama-sama beberapa lelaki di satu majlis perkahwinan di Kohistan. Jawatankuasa kampung yang dikenali sebagai Jirga menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka.

hanifidrus
 

Catat Ulasan

12 Ulasan

Cik Nor berkata…
kejamnya..huhu
Farah Waheda Wahid berkata…
kesiannya... so orang2 perempuan kalau ke sana pastikan jangan menari...nanti tak pasal2 kena tembak... hu hu hu... scarynya...
Mummy MM berkata…
Kesiannya.. Strict betul owg2 kat sana.
wantie berkata…
apa jua undang undang yang digubal. undnag undang islam adalah terbaik.

wantie berkata…
tak payah la bunuh dorang tu. suruh ja bertaubat.
Tanpa Nama berkata…
adoiyai..macam tu pun ada...
OKje berkata…
Hish ganasnya.....
Syukur duduk kat Malaysia ni
Unknown berkata…
Ada lagi orang yg tak bertamadun rupanya..
amirofie berkata…
kejam tak bertempat.
Unknown berkata…
dunia pelik dan kejam......