3,435 jam Siapkan Pameran Patung

3,435 jam Siapkan Pameran Patung

Amnah Al-Fard
Seorang artis seni Arab Saudi mencatat nama dalam Guinness World Records apabila dia mempamerkan koleksi patung kertas buatan tangan terbesar secara serentak.

Koleksi tersebut dipamerkan dekat Pusat Seni Maraya di sini kelmarin. Artis seni berkenaan, Amnah Al-Fard yang mencipta rekod baharu itu dengan mempamerkan 1,145 anak patung kertas. "Rekod ini adalah untuk pameran patung kertas buatan tangan terbesar di sesuatu tempat.

"Setiap patung itu berbentuk tiga dimensi (3D)," kata seorang pengurus Guinness World Records, Talal Omar kepada saluran berita Gulf News. Kesemua 1,145 patung itu memiliki ketinggian antara 5 hingga 7.6 sentimeter tinggi dan dipamerkan sejak 7 Julai lalu.

Kejayaan itu merupakan hasil kerja keras Amnah sejak dua tahun lalu. Setiap patung itu mengambil masa tiga jam untuk disiapkan dan sehari untuk dikeringkan. Amnah berkata, dia mengambil masa selama 3,435 jam untuk menyiapkan projek berkenaan dengan menggunakan 76,200 sentimeter kertas dan 4.5 kilogram gam.

Kata Amnah , dia berasa gembira kerana berjaya mencipta satu rekod baharu dunia.


 
 
Amnah Al-Fard
 
 

Catat Ulasan

11 Ulasan

Unknown berkata…
mak ai..berseni nya
byk pulak patung tu
sure tangan setangkas ben 10 nih

jemput baca & komen entry yumida ni abg hanif:

http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)
Sukma berkata…
puas nak siapkan nie.....
Tanpa Nama berkata…
kreatif la..
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum. woahh! dasyat tu, berbakat sungguh. selamat hari raya abg hanif dan keluarga. maaf zahir dan batin :)
OKje berkata…
Cantik cantik pulak tu patung dia....
Blog Santai berkata…
so cute...camnelah dia buat..dahlah semuanya halus-halus..
Aimacomel berkata…
Xmampu nk kata apa2. Cuma wah
Cik Nor berkata…
berseninya dia..:)
Cik Nor berkata…
berseninya dia..:)
Cikrosecute berkata…
Cutenya....tangan berseni...
ayut berkata…
cntik ok hasilnya..serius guna kertas ke tu??mmg kental la nak membuat yer sebiji-sebiji...tahniahla bt dia..nk siapkan 1 origami pon payah ni lagu nak bt yg 3D =.="