Aku memang dah jangka perkara ini pasti akan berlaku. Tempoh hari
aku tengok berita polis menembak 5 penjenayah setelah berlaku tembak
menembak.
Dan hati kecil aku berkata, pasti polis akan dipersalahkan dalam
hal ini. Dan hari ini, apabila aku lihat NTV7 pukul 7.00pm telah menjawab
persoalan aku ini. Memang polis dipersalahkan dalam hal ini...
Sedih aku lihat perkara ini. Polis bukannya menembak sesuka hati
tetapi melindungi diri mereka!!! Takkan tak mahu menembak kalau kau ditembak,
apatah lagi mereka penjenayah berat yang mempunyai senjata api.
Sebelum itu, kecoh diperkatakan kes tembak menembak yang berlaku
di Malaysia. Polis juga dipersoalkan kenapa lambat ambil tindakan. Dan apabila
ambil tindakan mereka juga dipersoalkan.
Aku harap hal ini jangan dipolitikkan... Hormati pasukan
keselamatan kita yang bergadai nyawa melindungi orang awam agar orang macam
kita ini tak takut keluar dari rumah.
Sepatutnya ucapan terima kasih di ucapkan pada pihak polis kerana
telah meyelesaikan masalah jenayah berat ini. Orang Pulau Pinang sepatutnya
menarik nafas lega akhirnya tumpas juga penjenayah berat ini.
Sekarang ini pihak polis tengah membuat operasi check kereta yang
simpan senjata. Ini pun tak lama pun kecoh juga ler... Salahkan polis juga..
Aku nak tanya sebelum kecoh benda ini, apa logiknya anda simpan
cota, parang atau apa jua berbentuk senjata di kenderaan anda kecuali
"lock kereta" dibenarkan.
Adakah negara kita ini tidak aman sehingga anda perlu simpan
senjata-senjata sebegini? Atau orang yang menyimpan senjata sebegini
selayaknya kita panggil gangster?
Untuk aku orang yang berpendidikan atau berakal takkan simpan cota
atau parang dikereta.
Maaf jika agak emosional dalam entri ini. Aku marah lihat perilaku
sebegini dibuat kepada pihak polis. Mereka bergadai nyawa untuk kau orang
semua, sedap-sedap kau ungkit isu S.O.P ler dan macam-macam lagi......
Walau bagaimana pun aku tetap yakin kita perlukan pemantauan, bukan sahaja polis tapi semua penguatkuasa agar mereka tidak meyalahgunakan kuasa yang ada.
Namun kita harus bijak dalam berebut-rebut menjadi hero rakyat hingga menjatuhkan mereka atas dasar tersembunyi.
WE NEED EACH OTHERS
Walau bagaimana pun aku tetap yakin kita perlukan pemantauan, bukan sahaja polis tapi semua penguatkuasa agar mereka tidak meyalahgunakan kuasa yang ada.
Namun kita harus bijak dalam berebut-rebut menjadi hero rakyat hingga menjatuhkan mereka atas dasar tersembunyi.
WE NEED EACH OTHERS
Sinopsis Dari Kosmo
Risikan tepat polis ke atas lima ahli kongsi gelap bergelar Si
Lian atau Geng 04 yang terlibat dalam beberapa kes jenayah berat termasuk
membunuh dan dadah berakhir dengan adegan berbalas tembak yang menyaksikan
kesemua penjenayah tersebut mati.
Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu berlaku apabila sepasukan polis
daripada Bahagian Jenayah Berat, Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Bukit
Aman dan Kedah menyerbu sebuah unit apartmen mewah 15 tingkat di Jalan Pantai
Jerejak dekat Sungai Nibong.
Mayat J. Gobinath, 31, R. Ramesh, 27, A. Vinut, 23, M. Suresh, 25,
dan M. Gobinath, 21, ditemui di dalam tiga buah bilik di premis yang terletak
di tingkat 13 apartmen tersebut.
10 Ulasan
Dah memang tugas mereka.
saya sokong polis ambil tindakan macam tu.