Tak sangka aku Kak Ros dari Kilauan Emas 3 berlakon. Aku agak lambat menonton filem terbitan Astro ini. Aku tonton semalam (Jumaat) diulang tayang kembali.
Walau pun Kak Ros ini baru nak berjinak-jinak dengan lakonan tapi ianya memang mantap pada pandangan aku.
Semenjak Kak Ros ini keluar dari Kilauan Emas 3, rezekinya memang melimpah ruah. Tempoh hari dia dipanggil dalam rancangan Astro Primadona. Dan kini berlakon pula.
Walau pun dah tua namun rezekinya tetap ada. Inilah kuasa Allah, walau pun dah tua kalau Dia kata hari ini rezeki kau, maka dapatlah kau. Betul tak?
Kita sebagai insan didunia ini harus sentiasa berusaha dan berdoa. Bagi aku inilah contoh terbaik untuk kita. Rezeki dan harapan tetap ada jika terus berusaha...
Bukan hak kita nak mempertikaikan Kak Ros ini dah tua tapi sibuk nak menyanyi dan berlakon tapi kita harus ambil iktibar dari usahanya.
Sinopsis
Besan Besanku Gangster mengisahkan Hana yang mengambil keputusan untuk membawa Hairi dan ibu bapanya pulang beraya ke kampung Hana pada tahun ini.
Tetapi apa yang terjadi sebaliknya apabila ibu bapa Hana berjumpa ibu bapa Hairi terjadi la pertengkaran yang disebabkan kisah mereka semasa zaman muda dahulu. Mak Jah , ibu Hana dan Puan Saleha ibu Hairi melancarkan perang kerana mahu mempertahankan suami masing masing .
Sebelum menjelangnya Hari Raya , pelbagai hal berlaku sehingga memeningkan kepala Hairi dan Hana. Dalam keadaan yang tegang itu , Ramli telah mengambil peluang ini untuk melaga lagakan Mak Jah dan Puan Saleha .
Akhir terjadi satu insiden di mana suami mereka Pak Halim dan En Zaini telah pergi memancing di laut. Apa yang akan terjadi di akhir peristiwa kedua-dua keluarga ini? Tarikh siaran: Isnin, 12 Ogos 2013, 10.00 pagi
Pelakon: Kak Ros, Rosnah Mat Aris, Fida, Zalif Sidek
Diambil sinopsis : http://anizyn.blogspot.com/2013/07/sinopsis-besan-besanku-gangster-program.html
13 Ulasan
selamat hari raya bro hanif. maaf br dpt bw hee :D
Budak Blogspot memberikan panduan dan tips blog dalam bahasa Melayu kepada blogger Malaysia untuk menghasilkan blog yang berkualiti, mesra SEO dan trafik tinggi. Budak Blogspot juga menerapkan pendekatan SEO, Google PageRank serta Alexa Rank yang baik.