Kemerdekaan Malaysia Ke 56 Tahun

Kemerdekaan Malaysia Ke 56 Tahun

Kemerdekaan Malaysia Ke 56 Tahun
Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke 56 tahun. Berbanding 56 tahun ini, Malaysia dilihat masih mentah lagi berbanding Amerika Syarikat yang telah merdeka melebihi 400 tahun lamanya.

Namun berbanding dengan negara-negara lain, kita amat bertuah kerana segala infrastruktur kita semuanya baik dan yang penting taraf hidup rakyat semakin baik. Walaupun dari segi ekonomi individu, semakin mencengkam berbanding 10 tahun lalu namun kita masih boleh hidup dengan selesa.
Kemerdekaan Malaysia Ke 56 Tahun
Kebebasan dalam menjalani kehidupan di negara ini memang bebas. Ke mana-mana kita mahu pergi, tidak perlu risau atau takut. Cuma semenjak beberapa tahun ini kebebasan kita di politikkan hingga kebebasan menjadi satu anarki yang digunakan oleh segelintir pihak demi kepentingan diri.

Tapi inilah asam garam kehidupan sesebuah negara yang melalui perubahan sikap rakyatnya seiring dengan pendidikan yang lebih baik. Itu normal untuk saya cuma jangan terlampau sangat.

Semangat kemerdekaan bukannya di sambut dengan konsert atau sambutan besar-besaran tetapi diharap dapat menerapkan nilai-nilai cintakan negara ini. Tapi mana-mana sambutan di kemerdekaan di dunia ini, itulah intipati asas dalam menyambut kemerdekaan mereka..hehehehe.

Tapi aku yakin, semangat kita tetap utuh dan ini dibuktikan apabila berlaku penjarahan tanah Sabah oleh kaum Sulu, rata-rata rakyat Malaysia bersatu dengan anggota keselamatan kita mempertahankan negara ini. Untuk anggota keselamatan, mereka pertahankan negara dengan senjata manakala sebagai blogger kita bertindak menwar-warkan perjuangan tentera kita.

Setiap orang berbeza caranya dalam menyampaikan cinta mereka kepada negara Malaysia ini. Dalam mengekalkan kemerdekaan ini, peranan pemimpin rakyat haruslah telus ataupun jujur. Jangan sesekali menjual maruah negara ini demi kepentingan diri.

Penjajahan boleh berlaku di negara ini tapi dalam konteks yang lebih global iaitu melalui ideologi kapitalis dan hemegoni rakyat yang terarah kepada budaya yang salah. Setiap pemimpin rakyat mempunyai pandangan politik yang berbeza namun pendirian anda haruslah berteras mencintai dan memakmurkan negara ini.

Jika mahukan rakyat berubah, pemimpin kita haruslah berusaha berubah menjadi lebih baik. Istilah lama yang diperkatakan iaitu pemimpin bekerja untuk rakyat agak kasar bunyinya walaupun secara literal mereka dipilih oleh rakyat..hehehehe.

Jika pemimpin di istilah bekerja untuk rakyat, maka mana letaknya rankingnya sebagai pemimpin. Betul tak? Mereka harus dihormati sebagai pemimpin. Untuk aku pemimpin ini haruslah bekerja untuk negara dan niat hati mereka ialah agar generasi akan datang akan lebih makmur dan dengan itu, negara ini akan menjadi lebih makmur.

Tema untuk sambutan kemerdekaan pada kali ini ialah 'Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku' Tema yang di pilih ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.

Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.

Salam Kemerdekaan Malaysia Ke 56 Kepada Semua Rakyat Malaysia..!!!!!!!!!!!!!

Catat Ulasan

11 Ulasan

Zawiah berkata…
Selamat menyambut kemerdekaan ke 56 ...
Cik Nor berkata…
salam merdeka..:)
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif. wahh cantik logo ni. smart dan sesuai dengan 56 tahun kemerdekaan kita :)
Mia Kassim berkata…
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 56......Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!
Bin Muhammad berkata…
Salam kemerdekaan HI, Semoga kita lebih menghayati dan mengerti akan erti kemerdekaan
Unknown berkata…
warna merah putih..cantik..
selamat menyambut kemerdekaan ke 56 kpd semua jg..:)
Tanpa Nama berkata…
love Malaysia...
Unknown berkata…
Selamat menyambut Hari Merdeka Buat Mr Haniff & Famili :)
Blog Santai berkata…
Salam kemerdekaan untuk semua..
Sukma berkata…
Merdeka....Merdeka......Merdeka......
OKje berkata…
Salam merdeka Nep