Kejadian kemalangan paling teruk pada tahun ini 2013 semalam
berlaku di Genting Highland. Dimana bas yang membawa 53 penumpang telah jatuh
dari gaung.
Tadi aku sempat berbual dengan rakan aku yang bekerja di SPAD ( Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) yang terlibat secara
langsung dengan kejadian ini.
Apa yang disiarkan oleh akhbar adalah benar apa yang
dikatakan oleh beliau. Cuma angka terkini kematian yang terbunuh menurut beliau
hingga kini ialah 39 orang dari 53 penumpang yang membawa lebih dari 60%
terbunuh.
Aku rasa semua sudah tahu punca kemalangan tersebut iaitu
brake tidak berfungsi dan menyebabkan bas jatuh ke gaung.
Siasatan masih dijalankan oleh beberapa agensi dan SPAD akan
menerajui sebuah jawatankuasa untuk
menyiasat punca masalah ini atas arahan Timbalan Perdana Menteri kita. Tadi pun
disiarkan oleh TV3.
Menurut rakan aku, punca kematian ini kebanyakan penumpang
adalah kerana ramai dari mereka terpelanting
dari bas. Menurut beliau semasa bas itu terjatuh ke gaung sedalam 60
meter , bas telah terhentak sebatang pokok yang besar.
Akibat momentum hentakan bas dengan pokok besar tersebut,
ramai penumpang terpelanting keluar dari bas dan ramai telahjatuh ke gaung. Itu
salah satu punca yang menyumbang jumlah mangsa kematian dalam kemalangan ini.
Melihat jumlah kematian yang tinggi ini aku sedih dan
mengucapkan takziah kepada ahli keluarga terbabit. Aku berharap dari kemalangan
ini, kita dapat mengukuhkan pengawalan ke atas semua pengangkutan awam di negara ini.
Sebelum kejadian ini berlaku, rakan aku yang bekerja di
SPAD, ada memberitahu mereka ada membuat perancangan untuk memperketatkan
kawalan ke atas pengangkutan awam dengan
menambahbaikan sebelum pengeluaran permit.
Pihak pengangkutan
awam harus memastikan pemandu dan
kenderaan mereka dalam keadaan baik.
Lebih kurang macam tu ler…tapi bagaimana caranya aku tak tanya lebih
lanjut.
Bila dah berlaku kejadian ini, baru aku terhegeh-hegeh nak
ambil tahu..hehehehhe. Inilah sikap pesimis rakyat Malaysia kan… macam aku
ni…huhuhuu.
Sekarang kita hanya bergantung pada PUSPAKOM sahaja tapi aku
lihat belum cukup mantap lagi.
Menurut rakan aku lagi, Ianya dalam proses perbincangan dan
setelah kejadian ini aku rasa pelaksanaan ini mungkin akan dipercepatkan.
SPAD adalah sebuah organisasi yang baru ditubuhkan dan dalam
proses memantapkan tanggungjawabnya secara beransur-ansur. Malangnya buat SPAD, apabila berlaku kejadian ini . Mahu tak mahu
terpaksa memikul tanggungjawab ini.
Aku berharap penubuhan jawatankuasa ini, kita akan dapat
satu penyelesaian dalam mengukuhkan kawalan pengangkutan awam ini.
Tempoh hari aku ada baca juga tentang perancangan
kerajaan mahukan semua pemilik bas
sekolah kenderaan mereka yang berumur lebih 25 tahun menukar bas yang baru.
Tapi mendapat tentangan dari pemilik bas sekolah. Ini pun satu hal juga,
tunggulah bila bas sekolah tua terlibat dalam kemalangan.
Aku mendapat satu pengajaran dari kejadian ini iaitu kita
sering menyalahkan agensi kerajaan apabila berlaku sesuatu kemalangan. Tetapi
apabila kita dekat dengan mereka yang bekerja di agensi kerajaan seperti SPAD
ini, aku lihat attention mereka begitu serius dalam kejadian ini.
9 Ulasan
al fatihah
bila baca kes bas yg kemalangan sebegini..mendatangkan trauma nak naik bas...tp bila tiada pilihan..kena naik jugak..huhu
moga semua mengambil iktibar..sentiasa check keselamatan kenderaan masing2