Semangat Bekerja Kembali Membara

Semangat Bekerja Kembali Membara

Monday Blues
Yeahhhh.... hari ini dah mula bekerja setelah menyambut Hari Raya sepanjang minggu. Sepanjang menyambut Hari Raya ini aku memang cukup sibuk hinggakan penat memang terasa hingga kini..huhuhhu.

Entah apa hal tahun ini, semua sedara mara datang ke rumah mak aku, sekali datang bukan satu kereta tapi 4 atau lima biji kereta..pehhhh...

Monday Blues
Lenguh-lenguh bini aku tolong mak aku goreng kueh tiau, bihun dan mee...hehehehe. Secara tak langsung bini aku dah pandai memasak cara pantas..hahahahahaha. Tak lama dah boleh buat catering memasak untuk 100 orang punya....

Terima kasih sayang, nanti abang belanja tengok wayang Adnan Sempit 3 yek.. Kasihan bini aku, nak tengok wayang pun tak sempat..ahaks..

Dan hari ini aku TERPAKSA  bekerja. Ikutkan hati dan perasaan memang malas nak pergi kerja!! Tapi disebabkan kat  kilang tu tak der orang, mahu tak mahu terpaksa juga aku datang.

Dahlah bahang Hari Raya masih membara, ditambah lagi hari ini hari Isnin, pehhhhh!! Dapat tak kau orang imagine bagaimana perasaan aku bekerja pada hari ini... Tolong bayangkan...hehehehhehe.

Monday Blues
Menambahkan perit lagi, kakak aku baru sampai dari Perak ke rumah mak aku, pada hari Sabtu malam. Jumpa pun hanya sekali jer..semalam ingat nak jumpa tapi kakak-kakak aku keluar dari tengah hari sampai malam tak balik-balik!!!

Tengok wayang dan window shoppping....
Inilah pompuan...adik dia tunggu kat rumah punyalah lama sampai matahari dah hilang....iskkkk..

Malam ini pula nak bawa kakak aku pergi beli tiket bas nak balik Rabu ini. Dan lepas tu pergi jalan raya rumah kakak aku satu lagi... Emmm..... aku masih beraya lagi walaupun dah mula bekerja..hehehehee.

Rakan-rakan semua bila mula bekerja...
Jangan malas-malas....jom kita bekerja keluarkan peluh sikit... buang semua lemak-lemak rendang , lemang, ketupat yang bertan-tan kat perut ini...hahahahaha

 

Catat Ulasan

9 Ulasan

Niza Romli berkata…
Saya pun dah kerja. Sunyi lengang ofis. Selamat hari raya.
amirofie berkata…
Selamat memulakan kerja setelah beraya sakan. Memang mood raya masih menebal lagi tu. Maklumlah baru raya ke-5.
Tanpa Nama berkata…
selamat bertugas buat hanif idrus..
Tanpa Nama berkata…
sama lah dah kerja...

bosan!
Shahrul Yusof berkata…
Bekerja bawah orang ni semangat untuk kerja rajin kita cepat pudar. Tambah-tambah kalau kerja bawah majikan yang suka menekan. Rasa macam kalau lagi lama cuti tu, lagi bagus. Hahaha
Tengkubutang berkata…
amboiii.. semangat yea mula koje.. heee..
MyFreeMinded berkata…
Ohhh dah kerja ye... semalam kita cuti, sebab dah tahu, confirm malas bila hari isnin lepas raya. so amik cuti awal2... hari ni pun ikut hati memang malas.. tapi terpaksa gak ke tempat kerja.. :(
OKje berkata…
Dah tengok dah adnan sempit 3 tu....
Best jugaklah..
Hari tu tgk laki gi keje pagi pagi. ..pergh!! Teringat dedulu masa keje....
Blues sungguh!
ayut berkata…
ayut pon cuti smpi ahad jer..nk msuk keje aritu pon bt2x ad mud jer..huhuhu..tp dh lame2x ok je semula :)