Apa Itu Rezeki?

Apa Itu Rezeki?


Rezeki
Rezeki ada di mana-mana.
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.

Catat Ulasan

8 Ulasan

Pokok Manggis Depan Rumah berkata…
Rezeki Allah ada bermacam cara.. :-)
Delimasari berkata…
tersemat di jiwa baca coretan Hanif harini --- tq2222 -
norhasnizakhalid berkata…
nice sharing, terima rezeki apa ada nya..
Tanpa Nama berkata…
begitu besar zat dan rahmat Allah...
haryati berkata…
semoga Allah senantiasa menambahkan rezeki kita semua... In Shaa Allah...
Maria Firdz berkata…
Rezeki Allah pelbagai mcm dan Maha Luas..
kucing comel berkata…
Jemput admin baca artikel baru ini thanks.

Aaron Aziz Terima 3 Suntikan Steroid Kerana Leher Senget => http://syokbah.com/aaron-aziz-terima-3-suntikan-steroid-kerana-leher-senget/
Sukma berkata…
yang penting kita kena berusaha dan bukannya tunggu rezeki tu datang bergolek.....