Buaya Sembunyi Bawah Katil

Buaya Sembunyi Bawah Katil

Buaya
Seorang pengurus rumah tumpangan terkejut menemui seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil tempat dia tidur pada malam sebelumnya.

Reptilia seberat 136 kilogram (kg) itu dipercayai menyusup masuk ke Rumah Tumpangan Humani dari sebatang sungai berdekatan baru-baru ini.

BuayaBuaya tersebut bersembunyi di bawah katil lelaki berkenaan, Guy Whittall selama lapan jam. "Saya menjuntai kaki semasa duduk di katil selepas bangkit dari tidur. Saya langsung tidak sedar di bawah katil itu ada seekor buaya," kata Whittall.

Lelaki tersebut yang berusia 40 tahun hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu ketika menikmati sarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan.

Ketika itu, dia mendengar jeritan seorang pekerja yang masuk untuk mengemas biliknya. Beberapa pekerja rumah tumpangan tersebut bergabung tenaga untuk menangkap buaya berkenaan dan membebaskan reptilia itu ke habitatnya.
 
Buaya
 

Catat Ulasan

11 Ulasan

Unknown berkata…
aduih... nasib baik dia tak ngap kan
Bin Muhammad berkata…
Pelik...macam mana tu boleh masuk ke bilik? Lokasi tidak sesuai utk penginapan!
Maria Firdz berkata…
Ermmm... Mau terkejut tgk buaya de bwh ktil.. Seraam...
wantie berkata…
seramnya.. balik nanti kena usha le katil kat umah tu. mana tau kekalau ada buaya ke...buaya darat ke. ekekekekek....

mungkin buaya tu kekenyangan. that why tak attack lelaki tersebut.
3no gr33ny berkata…
macam buaya belaan pula yer...huhu
Tanpa Nama berkata…
adoi..kalau kathy boleh pengsan..cicak pun takut,apatahlagi buaya..
Aimacomel berkata…
mak aiii, buaya tu
Blog Santai berkata…
mak aiii..ngeri..nway this template much better than last time..dah tak gelap..he..he
Mawardi yunus berkata…
erkkkk. hahahha giler seram