
Memang tragis cerita ini tapi yang aku suka ialah ending mesti happy forever..hehehehe. Kalau baca novel, ending hero mati atau sakit ker...memang aku menyampah nak baca.
Jom baca sinopsis cerita Dekatnya Cinta: Adam Dan Hawa 2:
Kesinambungan dari novel pertama Adam dan Hawa, setelah 3 tahun bersama mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang amat comel bernama Arissa. Pada masa itu Ain bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi.
Ceritanya bermula apabila Ain ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah Fakulti Perniagaan Pentadbiran (DBA). Ain meminta kebenaran dari Adam untuk melanjutkan pengajiannya dan ia berjanji dengan Adam, tanggungjawab beliau sebagai isteri akan tetap berjalan seperti biasa.
Walau pun mereka mempunyai kehidupan yang baik tujuan Ain ingin melanjutkan pengajiannya adalah kerana ingin mencabar dirinya. Adam pada mulanya amat keberatan untuk membenarkan Ain melanjutkan pengajiannya tetapi kerana sayang dan ingin menjaga hati isterinya maka Adam membenarkan Ain jua. Inilah kesilapan Adam!!!
Atas kebenaran Adam, Ain pun melanjutkan pengajiannya tetapi janji tinggal janji. Ain tidak mampu menguruskan rumahtangganya malah setiap janji kepada Adam hanya tinggal janji. Malah Ain juga tidak mampu menguruskan hal2 rumahtangga dan anaknya Arissa. Tetapi Adam masih membisu seribu bahasa walau pun sedar tindakan Ain adalah salah.
Pada masa yang sama, di dalam pengajian Doktor Falsafahnya beliau mempunyai "study group" yang terdiri dari Jerry, Nad dan Kak Yati. Nad merupakan kawan baik Ain dan pada masa yang sama juga Nad disukai oleh pensyarah Doktor Falsafah mereka iaiatu Prof. Yusof seorang duda.
Ain sering menjadi orang tengah antara Nad dan Prof Yusof menyampaikan rasa cinta mereka. Tetapi Nad telah memaksa Ain agar berjanji jangan memberitahu sesiapa tentang hubungan beliau dengan Prof Yusof walau pun kepada suami Ain iaitu Adam.
Ain pula sering bercerita kepada Adam, kebaikan dan kehebatan Prof Yusof kepada Adam. Hingga satu ketika Adam merasa cemburu akan Prof. Yusof.
Manakala Jerry pula sering meminjam nota rujukan Ain dan setiap kali setelah Jerry meminjam nota rujukan Ain ia sering memberi hadiah kepada Ain. Ia merupakan tabiat Jerry sejak dulu lagi..
KLIMAK cerita bermula pada suatu hari, Jerry datang memberi Ain sekuntum bunga sebagai tanda terima kasih meminjamkan nota rujukan pada beliau. Kenapa Jerry beli bunga ialah beliau pada masa itu tidak kesempatan membeli hadiah lain.
Sewaktu menunggu Nad untuk pulang bersama2, tiba-tiba datang pula Prof Yusof yang kebetulan pulang juga.Sambil itu mereka sempat berborak dan melihat Ain memegang sekuntum bunga, beliau mengambil bunga tersebut dan menerangkan pada Ain bahawa keharuman bunga adalah baik dihidu sebagai satu release tension sambil menghidunya.
Semasa Prof Yusof ingin memulangkan bunga tersebut kepada Ain, nak dijadikan cerita. Adam baru sahaja sampai di kampus mencari Ain. Apabila ia melihat Prof Yusof memberi bunga kepada Ain.
Hati Adam jadi panas dan ia juga teringat Ain berkali-kali pernah memuji Prof Yusof. Salah faham telah terjadi dan Adam dengan berang telah menumbuk muka Prof Yusof.!!!!
Kenapa Adam mencari Ain dikampus kerana beliau berkali-kali menelepon Ain ingin memberitahu bahawa anak mereka Arissa demam panas. Bukan sahaja Adam menelefon tetapi ibu mertuanya juga menelepon banyak kali. Ain tidak perasan panggilan mereka kerana telepon bimbit Ain telah di silentkan dan di letak didalam bag.
Atas sebab itu Adam mencari Ain di kampus, dan apabila melihat Ain tergedik-gedik dengan Prof Yusof , mahu tak mengamuk Adam!! Pada masa itu, Ain puas kena maki dengan Adam.. pernah tengok Aaron marah-marah dalam drama Astro Adam dan Hawa. Macam tu ler lebih kurang...hehehehehehe. Akhirnya Ain telah diceraikan talak satu dengan Adam...huhuhuhuhuhuhu.
Ain sangat sedih dan cuba memujuk Adam tetapi Adam tak layan. Pada masa ini Zulaikah iaitu secetary Adam yang menyukai Adam dan tabiat Zulaikah ialah ia sering tidak menyampaikan maklumat yang Ain beri kepada Adam.
Zulaikah juga penyebab keretakan rumah tangga Adam. Selepas diceraikan Ain tinggal dengan Eja iaitu adiknya. Eja bekerja sebagai akauntan. Dipendekkan cerita, panjang lak aku menulis.
Ain terus menerus ingin memujuk Adam. Dan pada ketika itu beliau mendapat tahu bahawa Adam akan pergi ke luar negara tidak lama lagi.
So beliau mengambil tindakan terakhir iaitu membeli beberapa jambak bunga ros dan di tengah-tengah jambakan bunga ros tersebut diselitkan bunga ros plastik.
Sebenarnya teknik itu pernah dilakukan oleh Adam semasa mula-mula memikat Ain.
Dalam jambakan bunga tersebut beliau menyelitkan sepotong ayat yang pernah Adam beri padanya. Memang nangis kau orang baca ayat ini.
"My love for you dies when the last petal of these roses fall"
Ayat ini menerangkan cinta dia akan berakhir apabila bunga ros itu semuanya gugur. Tapi ia takkan gugur kerana di tengah-tengah jambakan bunga tersebut ialah bunga plastik!! Memang dahsyat ayat ini...aku suka..suka..suka...hehehehehehe
Ain telah menyuruh penghantar bunga tersebut kasi pada Adam. Jangan kasi pada sesiapa selain pada Adam. Namun nak dijadikan cerita lagi...masa si penghantar bunga itu hantar pada Adam, beliau tiada di sana.
Penghantar bunga itu beri pada Zulaikah Penghantar bunga itu menelepon Ain mengatakan tidak dapat hantar pada Adam tetapi sudah diberi pada Zulaikah. Ain tak sedap hati dan pergi ke pejabat Adam.
Matanya melilau mencari jambakan bunga. Dan beliau bertanya pada Suhana (Staff Adam) ada perasan tak jambakan bunga yang hendak diberi kepada Adam. Beliau mengatakan tidak ada!! Cari punya cari, Ain terperasan sebuah kotak tersusun rapi di hujung meja Zulaikah. Apabila beliau membuka kotak tersebut rupanya bunga tersebut di dalam kotak tersebut.
Beliau meminta tolong Suhana hantar pada Adam. Suhana telah berjaya berjumpa Adam dan menceritakan segala2nya perbuatan Zulaikah selama ini kepada Adam.
Ain pula telah mendapat tahu Adam telah terima bunga itu menanti panggilan telepon Adam tetapi Adam masih tidak menelepon hinggalah Adam pergi ke luar negara.
Ain sungguh kecewa dan harapannya kini hanya untuk hidup demi anaknya. Selepas 2 hari Adam menelepon Ain dan Adam mengatakan betapa ia mencintai Ain dan tidak sanggup kehilangannya. Akhirnya Ain dan Adam bersatu kembali....
Kesimpulannya Dekatnya Cinta: Adam Dan Hawa 2 ,
Sebuah novel yang mempunyai pelbagai pengajaran kepada kita. Dalam novel ini kita mengenal erti keegooan lelaki, tangggungjawab seorang isteri, cemburu, kasih sayang dan fitnah. Best cerita ini!!! Aku yang tak baca tapi dengar bini aku cerita pun meremang bulu roma....kikikikiki
6 Ulasan