Villa Dibina Atas Bumbung

Villa Dibina Atas Bumbung

hanifidrus
Pengguna internet tempatan kecoh berhubung dua buah vila yang dibina di atas bumbung sebuah bangunan kilang di China. Mereka menggelarkan kediaman itu "vila kayangan" kerana kedua-dua banglo tersebut cuma disokong oleh 10 buah tiang konkrit.

Kediaman dua tingkat itu dibina di atas bumbung bangunan kilang tiga tingkat di sini, dalam wilayah Guangdong, di tengah China. Media tempatan melaporkan "vila kayangan" itu wujud sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada dalam pelan asal pembinaan bangunan kilang tersebut.
hanifidrus
Seorang pegawai tempatan memberitahu, kediaman megah itu adalah menyalahi undang-undang tempatan. "Kami akan menangani isu ini berlandaskan undang-undang," katanya tanpa mengulas lanjut.

Masyarakat China sebelum ini digemparkan dengan kewujudan empat vila di atas bumbung yang dibina di bandar raya Zhuzhou dalam wilayah Hunan.


Sebuah banglo berbentuk bongkah batu yng dibina di atas bumbung bangunan apartmen setinggi 26 tingkat di Beijing turut mendapat perhatian orang ramai dan media asing.
 
hanifidrus
 

Catat Ulasan

5 Ulasan

Farah Waheda Wahid berkata…
macam scary jer, tak takut runtuh ker?
Unknown berkata…
kalau dah menyalahi undang2 macam mana villa tu boleh siap sepenuhnya..xkan sebelum ni diorang tengok je villa tu di bina..peliks..haha..
Blog Santai berkata…
Dia orang ni memang daring...tahap bahaya...
NJihe.am berkata…
Bangunan sekarang dah pelik-pelik. Takut runtuh je bangunan tu kalau gempa bumi. Antara petanda hari kiamat juga.
Tanpa Nama berkata…
pelik tapi benar..hehehehe..