Hari ini dapat surat dari Astro pemberitahuan bayaran bulanan Astro untuk Pakej Family Package aku yang murah tu dari RM37.95 ke RM39.95. Kenaikan sebanyak RM 2.00 sahaja!!!!
Kenaikan ini efektif pada 24 November 2013 ini.
Alasan yang diberikan ialah kenaikan kos-kos berkaitan penyenggelaraan mereka. Takkan harga minyak naik, Astro kena naik harga jugak.
Mungkin Astro fikir kenaikan RM2.00 sebulan itu bukanlah sesuatu yang membebankan pengguna. RM2.00 sebulan pada zaman sekarang ini apa yang boleh kita beli. Itu mungkin pendapat Astro ketika memikirkan rasional hendak menaikkan harga bayaran bulanan ini.
Tapi aku rasa tak puas hati ler, aku sebenarnya masuk Astro sebab line TV memang tak clear kalau pakai arial. Lepas bincang ngan bini aku, kami masuk Astro yang paling murah sekali , janji ada rancangan tambahan macam AXN boleh tengok. Kalau boring-boring boleh layan cerita Tamil di channel 202 atau 108...hehehehhehe.
Tiba-tiba naik harga atas sebab-sebab kos tambahan. Suka-suka dia ajer ...
Memanglah RM2 tu tak banyak tapi kalau dibiarkan nanti Astro naik lagi RM2 tiap-tiap tahun, lama-kelamaan kita pun tertipu malah suatu hari nanti margin keuntungannya makin tinggi...hehehehehe.
Dari mengguna alasan nak tampung kos rupanya nak tingkatkan kadar keuntungan...hemmmmm.
21 Ulasan
bapa juta org guna Astro. kalau RM2xsejuta dorang dah untung 2 juta.
ups.. bila bulan ni tk tengok lagi.
Regards,
-Strider-
jika ada sports tambahan lagi RM 6.
alasan, tahun depan nak world cup.
lagi pelik bila astro naik rm 2, gamaknye astro nih pakai gula n minyak petrol nak siar rancangan kot...
Boleh emel bantahan astro to En. Rahim Bain
rahimbain@kkmm.gov.my
Tlg war-warkan
So lebih ramai bantah officially lagi
Copy pasted