China Paksa Pasangan Gugurkan Anak

China Paksa Pasangan Gugurkan Anak


Kekejaman pemerintahan China komunis terhadap rakyatnya dalam mengawal kadar kelahiran memang dahsyat. Tapi malangnya kekejaman sedemikian hanya kepada golongan bawahan sahaja.

Ada dengar tak di China golongan kaya dipaksa gugurkan anak mereka. 

Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Perancangan Keluarga bertindak kejam apabila memaksa seorang wanita menggugurkan kandungannya berusia enam bulan di daerah Fangza, wilayah Weifang.

Menurut laporan Daily Mail, tindakan itu dilakukan selepas pihak terbabit mendapati pasangan Liu Xinwen, 33, dan suaminya Zhou Guoqiang melanggar dasar kerajaan Republik China yang menggariskan sebuah keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak sahaja.
( Sebelah gambar contoh kejadian sebenar)

Malangnya, ketika tiba di hospital, dia telah diberi suntikan pelali dan bayi dalam kandungannya meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, pihak hospital kemudiannya meletakkan janin anak tersebut ke dalam baldi bersebelahan isterinya yang masih separuh sedar.

“Pihak hospital memaksa kami menandatangani surat persetujuan pengguguran. Jika ingkar, mereka akan menahan saya tanpa dibicarakan,” katanya

“Mereka mengheret isteri saya keluar rumah tanpa dimaklumkan ke mana. Selepas lima jam, saya diberitahu isteri berada di Hospital Rakyat Fangzi.

Zhou berkata, kumpulan pegawai itu menyerbu ke rumahnya pada jam 4 pagi lalu membawa isterinya ke lokasi tidak diketahui.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Qashmere berkata…
Kerja gilaaaaaaaa... Takotnya! Sian!
Cik Nor berkata…
kejam nyer..huhu
Maria Firdz berkata…
betul..kt china mmg dihadkn bilangan ank.. mmg kejam..dlm Islam sah2 lah haram kn..tpi rmai je rkyat mlaysia yg nk buat juga mcm tu.. huhu
Tanpa Nama berkata…
teruknyer..