Semua dah memahami salah satu cara yang terbaik mendapatkan traffic ialah menggunakan wacana Facebook dan Twitter.
Hal ini memang di akui oleh semua pihak tetapi terdapat 3 lagi wacana laman sosial yang harus anda pertimbangkan. Sebenarnya Facebook dan Twitter bukanlah berada dalam kedudukan pertama dalam menjana trafik blog anda jika mengikut susunan kualiti dan trafik yang konsisten.
Susunan untuk mendapatkan trafik yang baik dari tahap pertama hingga ke lima ialah:
a) Stumbleupon
b) Reddit
c) Facebook
d) Twitter
e) Linkedin
Facebook dan Twitter jatuh ke tempat ketiga dan keempat dalam senarai cara terbaik dari segi kualiti dan trafik yang konsisten.
Ini kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar yang sewaktu dengannya. Bukan aku sajer-sajer yang kata...hehehehehe

Stunbleupon berfungsi membantu pengguna sesuatu yang baru dan konten yang mereka minati. Sebagai contoh jika anda minat dengan bidang fotografi, di Stumbleupon begitu mudah untuk dicari kerana ia telah membahagikan konten/maklumat/tag mengikut kategori. Itulah kelebihan Stumbleupon.
Pengguna boleh memilih samada hendak "Like" atau "Dislike". Jika mereka "like" maka Stumbleupon akan menghantar releven konten kepada pengguna.
Oleh itu ia merupakan satu alat yang menakjubkan untuk para blogger dan dalam masa jangka panjang ia membawa trafik ke blog anda.
Pertama anda ke "sign up" dan setelah selesai. Anda kena install tool bar ke browser carian anda. Dan sebagai pengguna anda telah menyertai komuniti Stumbleupon dan dengan mudah pengguna boleh mencari konten yang anda buat.
Pastikan entri anda mempunyai konten yang releven dengan tag yang betul. Kemudian anda hanya perlu duduk dan mendapatkan trafik ke blog anda.
Reddit adalah sumber untuk untuk mencari maklumat terbaru dan popular di laman web. Ianya sering dipanggil Front Page Of The Web... Dahsyatkan!!

Link yang mendapat kelulusan komuniti akan timbul #1, oleh yang demikian ia akan memberi trafik yang baik sekali!!.
Selain itu ia terdapat banyak sub-reddit yang kamu boleh gunakan untuk postkan entri anda. Sub-Reddit adalah seksyen untuk menarik minat pennguna mengikut tag/label yang menarik perhatian mereka seperti bisnis, SEO, muzik dan lain-lain.
Reddit akan memberi anda pengunjung yang konsisten!!
Gunakan linkedin profil dan masukkan link blog anda. Promosikan konten anda ke dalam group. Cari spesifik group yang berminat dengan niche blog anda.

Itulah cara terbaik untuk kita postkan entri kita dan pada masa yang sama mendapatkan backlink serta PR yang baik..
Sekali lagi sebagai blogger Malaysia yang berbahasa Malaysia, kita tak sesuai menggunakan Reddit atau Stumbleupon kerana kerana kebanyakan pembaca mereka adalah blog berbahasa inggeris.
Tetapi dengan Linkedin masih lagi relevan kerana banyak group Malaysia di Linkedin. Cara terbaik ialah menggunakan wacana Facebook dan Twitter.
Memanglah global kata Facebook dan Twitter bukan tempat pertama tetapi persekitaran kita membataskan pilihan yang kita ada.
9 Ulasan
Saya punyalah ping facebook
terima kasih atas perkongsian
dahulu mselim3 pernah juga twitter utk ping artikel... kurang berkesan..FB boleh lah jugak...
mselim3
pls: google jugak bagus