Rihanna Berhijab Di Masjid Dubai

Rihanna Berhijab Di Masjid Dubai

Rihanna Berhijab Di Masjid Dubai
Penyanyi terkenal, Rihanna diminta meninggalkan Masjid Sheikh Zayed di sini selepas seorang jurugambar merakamkan beberapa keping gambarnya yang memakai hijab berwarna hitam.

Rihanna Berhijab Di Masjid Dubai
Pihak berkuasa masjid itu membuat penjelasan dalam satu kenyataan bahawa penyanyi berkenaan diminta berbuat demikian kerana beberapa gayanya ketika bergambar dianggap tidak bersesuaian dengan adab ketika berada di sekitar masjid tersebut baru-baru ini.

Rihanna Berhijab Di Masjid Dubai
Masjid itu merupakan salah satu daya tarikan pelan- cong di ibu negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Penyanyi itu memasuki sebuah kawasan persendirian tanpa memperkenalkan dirinya," menurut satu kenyataan daripada pihak pengurusan masjid tersebut yang disiarkan kelmarin.

Kenyataan itu menyebut, pihak pentadbiran masjid berkenaan juga tidak menyelaraskan lawatan penyanyi tersebut.

"Dia (Rihanna) diminta meninggalkan masjid itu sebelum dia memasukinya selepas bergambar dengan cara yang tidak sesuai dengan status rumah ibadat berkenaan," menurut kenyataan tersebut.

Rihanna Berhijab Di Masjid Dubai
Gambar tersebut juga mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat penyanyi itu di laman bergambar Instagram.

"Dia (Rihanna) menganggap sedang berjemur di sebuah pantai di Miami," kata seorang pengguna dalam bahasa Arab.
Penyanyi itu membuat persembahan di sini pada 19 Oktober lalu.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Mia Kassim berkata…
Macam-macamlah gaya artis barat ni....huhu
NJihe.am berkata…
Salam singgah, apalah masalah kalau memakai hijab di masjid, tanda dia menghormati agama orang lain. Mana tahu suatu hari nanti hidayah hadir kepadanya. studioous.blogspot.com/
Blog Santai berkata…
Slow-slow ya rihanna...
Tanpa Nama berkata…
hmm...macam2 jer..