Selamat Tinggal Raman Singh

Selamat Tinggal Raman Singh

Raman Singh
Selamat tinggal Raman Singh khas untuk pekerja Nepal aku yang akan balik pada hari sabtu ini. Salah seorang pekerja terbaik yang aku amat hargai.

Walau pun beliau seorang warga Nepal tapi tanggungjawab beliau amat aku kagumi. Selama 4 tahun dia menjaga section material...belum pernah menimbulkan masalah pada aku.

Raman Singh
Selama 11 tahun kawasan tersebut silih berganti orang dan tak pernah redup dengan masalah.

Memang pening jaga material untuk production tapi apabila beliau ambil alih  selama 4 tahun aku rileks ajer...

Itu yang membuat aku respek pada beliau. Malah kos maintenance mesin pun jatuh mendadak yang dahulu sering sukar diatasi akibat masalah pengawalan dan pemantauan pekerja dahulu.

Dan melebih-lebihkan aku respek pada beliau ialah beliau mampu membaiki mesin dalam jagaannya hingga engineer aku pun sayang bucuk kat dia.hehehhehee.

Kalau dalam gambar tu mamat India, itulah engineer yang sayang bucuk dia tu

Selain itu sepanjang perkhidmatan beliau aku selalu kena marah dengan beliau kalau aku lambat ambil tindakan menyelesaikan masalah kerja beliau seperti kehilangan material yang terlebih guna oleh production aku.....huhuhuhu.

Raman Singh
Nak marah tak boleh sebab itu tugas beliau...hahahahaha. Malah dengan sikapnya sebegitu aku tak perlu nak follow up section material sebab maklumat sering datang ke telinga aku...ahaks.

Production member memang tak suka dia ler sebab sering mengadu masalah kehilangan material.

Biasalah dalam mana-mana organisasi jika orang itu terlalu tegas dalam kerjanya memang kurang disukai..

So aku dan member engineer aku semalam belanja dia makan santai-santai di tepian laut sebagai tanda kami hargai beliau. Kami memang kehilangan besar satu tenaga kerja yang aktif....

Apa yang dapat kami berikan ialah belanja makan sebagai tanda terima kasih. Dalam hati aku berkata, alangkah bagusnya jika lagi 5 orang macam ini dalam organisasi aku, memang excellent kilang aku tu.

Untuk aku simple bila bekerja, tak kira kau Nepal, Myammar, Indonesia atau Local kalau kerja baik memang aku respek giler...

Selain itu aku juga mempunyai ramai Person In Charge yang baik-baik tetapi kebanyakannya perempuan iaitu leader aku. Takkan aku nak belanja makan pula kalau mereka balik..tak pasal-pasal kena tidur dapur 2 minggu..ahaks...
Raman Singh

Catat Ulasan

7 Ulasan

Unknown berkata…
Orang macam ni la yang kita cari sebagai pekerja.. tp kebanyakan orang sekarang dah tak jujur..kerja pun cincai-cincai..
Mama Amirul berkata…
lepas ni mesti selalu rindu kat Raman Singh tu kan...
sitirohaida berkata…
susah nak dpat pekerja macam tu lagi sekarang nie...hehe
titan berkata…
betul, kalau dapat pekerja bagus, memang best.
Teacher Basariah berkata…
patah tumbuh..hilang berganti..chewahh..semoga ketemu pekerja yang bagus macam ni lagi
Tanpa Nama berkata…
penuh komitmen..
Sukma berkata…
kenapa dia cepat balik Nepal? tamat kontrak ker....?