Bangkai Kucing Dijual Sebagai Daging Arnab

Bangkai Kucing Dijual Sebagai Daging Arnab

arnab
China lagi!!!! Macam-macam hal berlaku di China ini. Kes pelik-pelik..janji dapat duit!!!
Polis menyerbu sebuah rumah penyembelihan di bandar Huai’an yang dapati menjual daging kucing tetapi mendakwanya daging arnab kepada pengusaha restoran di wilayah Guangdong dan Guangxi.
Serbuan terbabit dilakukan selepas polis dan pegawai keselamatan makanan memperoleh maklumat mengenai kegiatan berkenaan.

Mereka menemui puluhan bangkai kucing tempatan yang sudah siap dibungkus di pusat penyembelihan palsu itu.
“Kawasan itu penuh dengan darah dan berbau busuk,” kata seorang anggota polis.

Akhbar Modern Express melaporkan, kepakaran pusat penyembelihan itu ialah menukar bangkai ribuan kucing menjadi perniagaan paling menguntungkan.

Sebahagian haiwan berkenaan dibiarkan hidup untuk dijual ke Guangdong dan Guangxi. Sementara yang lain disembelih atau dibiarkan mati sebelum dijual kepada resroran sebagai ‘daging arnab.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
melampau betul la..only in china..
Hey B! berkata…
Ala... kecian kucing..
Aimacomel berkata…
Kita baca rasa nk termuntah plk tau abg hanif
Unknown berkata…
Gila..eeii yekk..hidup kerana duit je..menipuan kepalsuan sana sini
Cikrosecute berkata…
macam2 kat china...