Bila Blogger Bercerita Tentang Wang

Bila Blogger Bercerita Tentang Wang


hanifidrus
Salam satu blogger. Apabila kita membuat blog atau blogshop kita memang ketahui untuk menjana pendapatan dari blog memakan masa yang lama.

Yang pasti dalam masa 3 bulan pertama anda memang tak akan perolehi apa-apa pendapatan . Dan bagi aku sesebuah blogshop atau blog itu boleh menjana pendapatan selepas 6 bulan hingga satu tahun.

Itu pun jika mengamalkan SEO yang baik dan yang pastinya kena buat entri dan blogwalking yang kerap!!!

Pada masa kini aku mempunyai beberapa rakan yang sedang aktif membuat blog dan perkara pertama yang mereka tanya pada aku ialah bagaimana menjana pendapatan  dari blog.
Itu adalah ayat klise yang pertama mesti kau dengar apabila berbicara dengan blogger atau rakan-rakan yang mula-mula hendak berjinak dengan blog ini.


Dan perkara pertama aku cakap ialah ianya bukan mudah. Dan nasihat aku ialah seperti yang aku tulis di atas. Dan aku tambahkan lagi, mereka kena betul-betul bersabar dan maintain membuat entri.

hanifidrus
Namun perkara yang sering terjadi ialah mereka mampu bertahan selama 1 bulan sahaja dan dalam masa 1 bulan itu kau dapat melihat mereka setiap hari membuat entri seperti yang aku cadangkan. Kadang-kadang melampau sangat hingga sehari 15 entri !!!!!!

Selepas 3 bulan mereka bertanya pada aku kenapa Nuffnang mereka tak jana pendapatan. Jika mereka membuat blogshop, mereka akan bertanya kenapa tiada sesiapa yang membeli produk mereka?

Dan aku ulang ayat  sekali lagi ialah anda mesti bersabar. dan setelah 4 bulan berblogging mereka tanya aku kenapa Nuffnang mereka hanya RM0.50 sahaja. Terpaksa ler kau terangkan tentang CPC dan CPUV Nuffnang dan saingan dalam mendapatkan CPUV.

Setelah beberapa lama mereka bertanya pula tentang Job Di Rumah pula. Bagaimana nak join dan boleh percaya ker.?

hanifidrus
Aku sebenarnya dah penat nak menjawab soalan-soalan sebegini . Aku dah dekat 4 tahun berblogging pun masih lagi terkial-kial untuk menjana pendapatan dari blog.

Dan baru-baru ini aku baru nak join blog shop berasaskan affliate yang baru berumur 4 bulan. Dan memang tiada pendapatan setakat ini walaupun trafiknya sehari 100 pageview.

Sebab itu apabila kita berblogging, tumpuan utama ialah membuat entri atau niche yang kita minat. Apatah lagi jika kita kurang mempunyai ilmu blogging, inilah perkara pertama yang anda kena buat. Pelajari ilmu blogging ini. Aku ambil masa 2 tahun untuk belajar tentang asas blogging sahaja dan hingga kini masih lagi terkial-kial..hehehehehe.

Lepas itu barulah fikir tentang wang. Logiknya....kalau dah faham sikit-sikit tentang blog dan boleh maintain entri serta dah ada minat. Barulah fikir tentang wang.


Tapi kalau anda betul-betul nak wang dari blog. Kena bersabar!!! Tapi biasanya 99% mereka akan berhenti setelah 6 bulan apabila fokus hanya berfikir tentang wang bila berblogging, anda akan gagal!!

Percayalah!! Aku dah ajar ramai yang bercita-cita nak jadi blogger tetapi 90% mind set mereka nak cari wang maka semuanya gagal.

Aku dah penat melayan soalan klise ini. Sesekali aku nak dengar juga kalau orang bertanya. Berapa lama aku dah berblogging. Apa topik yang sering kau tulis dalam blog. Atau tanya ajar teknik berblogging. BUKANNYA TANYA BERAPA KAU DAH DAPAT WANG DARI BERBLOGGING?

Kalau aku cakap kang, terkejut kau orang ....hehehehehehe. Nak aku cakap tak...hemmmm..
Tapi suka atau tak suka , memang  itulah soalan pertama orang akan tanya kau bila mereka tahu anda seorang blogger...!!!

Catat Ulasan

9 Ulasan

Sukma berkata…
setuju...pertama mesti ada minat dalam menulis dan rezeki tu datang kemudian......
Blog Santai berkata…
agreed hanif..bukan senang nak jadi senang kan..ramai yang give up half way...banyak ilmu yang kena belajar and kena apply...yang penting jangan cepat mengalah..
Pokok Manggis Depan Rumah berkata…
Betul tu, jangan cepat mengalah. Kena fokus dan bersabar. ambil masa juga untuk belajar semua ini. Nanti sikit-sikit kita akan nampak jalan yang sesuai. bukan sahari dua buat dah dapat hasil dalam dunia blog ini.
OhPanduan berkata…
Kena rajin belajar dan jagan putus asa. anda akan berjaya jika tidak ptus asa.
Tanpa Nama berkata…
yup..setuju...bukan mudah nak menjana wang dgn berblogging..harsu sabra dan tak kenal putus asa..
Mummy MM berkata…
Saya pun hampir2 nak berhenti lepas setahun saya berblogging. Time bulan 8 tu 2 3 ketul jark entry saya publish. Huhu.
Unknown berkata…
hanya mampu bersabar..=)
Aimacomel berkata…
Abg hanif, sy dgn blog mmg xde harapan lah nk dapat sesen pun.entahlah, usaha pun xde. Apa pun xde, xpelah. Kadang2 malas nk fikir pasal pendapatan dgn blog ni
Tapi bila tengok org lain boleh buat income terfikir jgk napelah aku xleh jadi cm deme.. hurmm