Hot FM AMKrew Tanpa FBI

Hot FM AMKrew Tanpa FBI

Minggu lepas pada 15.11.2013 adalah hari terakhir Faizal Ismail atau dengan nama pentas beliau FBI tamat bersama majikannya Hot FM dan paling tepat bersama Hot FM AMKrew yang setiap pagi menjadi santapan aku semasa hendak pergi kerja...

Rancangan yang paling best dan menjadi kesukaan aku ialah Panggilan Hangit dan "Lima Perkara......". Dan bermula hari ini hanya tinggal Fara Fauzana Dan AG akan mengendalikan Hot FM AMKrew.

Selain itu keserasian FBI , Fafa dan AG adalah yang terbaik dimiliki oleh Hot FM dan sudah tentu kejanggalan akan berlaku buat sementara ini tanpa ketiadaan FBI. Namun aku yakin kekuatan AG dan Fafa mempu menceriakan Hot FM AMKrew.

Hot FM AMKrew



Walau apapun aku ucapkan yang terbaik buat FBI kerana berani keluar dari  kotak keselesaannya dan mencuba sesuatu yang mencabar untuk dirinya.

Alangkah baiknya jika aku juga mempunyai keberanian sedemikian kerana bukan semua orang berani  mencuba atau keluar dari zon selesa mereka!!! Selamat berusaha Faizal Bin Ismail!!!!

Dan untuk Hot FM AMKrew aku ucapkan yang terbaik tanpa FBI dan jika bosan tanpa FBI terpaksa aku tukar channel ke Era fm untuk lihat Johan dalam JoHaRa ..hehehehehehe

Catat Ulasan

4 Ulasan

cydayf berkata…
hehehe, hari ini saya dengar JOHARA, tu je nk bgtau. hehehhe :)
zareliqa afiqa berkata…
Dah tak best fbi takde..
Sukma berkata…
selalu saya ke sinarfm.....
Tanpa Nama berkata…
Kathy selalu dgr best104 dan era..