Keputusan UPSR Hari Ini 2013

Keputusan UPSR Hari Ini 2013

Keputusan UPSR  Hari Ini 2013
Debaran menanti setiap ibu bapa dimana hari ini keputusan UPSR akan diumumkan.
Di tempat kerja aku sekarang ini terdapat lima rakan aku, anak mereka sedang mengambil keptusan peperiksaan UPSR.

Beberapa anak rakan aku dah mula diketahui keputusannya. Dahsyat gak keputusan mereka setakat ini dimana 2 orang mendapat 4A 1B dan seorang lagi mendapat 5A.

Tahniah buat semua ibu bapa atas kecemerlangan anak-anak anda. Kecemerlangan anak anda bukan sahaja usaha keras dari anak anda tetapi dorongan dari ibu bapa jua ada memberi impak yang kuat.
Keputusan UPSR  Hari Ini 2013
Dimana mereka mengeluarkan wang untuk memberi pendidikan terbaik untuk anak-anak, malah wang tambahan seperti kelas-kelas tuisyen di berikan oleh mereka.

Selain itu  ibu bapa juga adalah pemberi semangat kepada anak-anak. Memang anak-anak mereka akan menganggap pemberi semangat oleh ibu bapa adalah satu leteran tetapi percaya lah wahai anak-anak, itu bukan leteran tetapi satu pencetus semangat untuk anda.

Jika anak-anak ingat ibu bapa mereka suka berleter kepada mereka, itulah tugas ibu bapa kepada anda sebagai anak-anak. Sentiasa mengingatkan kepada anda dan akhirnya kebaikannya bukan diperolehi pada ibu bapa tetapi pada anak-anak yang mencapai kejayaan cemerlang!!!

Akhir kata saya ingin mengucapkan tahniah pada para pelajar yang berjaya mencapai kejayaan pada hari ini. Dan jika ada diantara anda tidak mencapai apa yang anda inginkan kali ini, peluang masih terbuka lagi untuk peperiksaan PMR pula nanti!!!

Dan tahniah pada ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak hingga mencapai kejayaan dalam UPSR ini. Sebagai ibu bapa kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak tetapi kita juga perlu bersama mereka jika mereka terjatuh....




 

Catat Ulasan

7 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tahniah buat semua anak2 calon upsr 2013.PMR dah mansuh bro hanif,kena berhabisan untuk PBS ni..then,SPM..
Unknown berkata…
tumpang hepi tgk anak2 buah berjaya..habuan masing2..
Azekzk berkata…
Tahniah buat adik2 yg berjaya
nursuriani berkata…
huhuu mak ayah berdebar, anak2 berdebar dengan cikgu2 sekali berdebar. BTW..TAHNIAHHH kepada semua calon2 UPSR yg dapat keputusan yang baik!! huhuhu
Sukma berkata…
UPSR hanya satu permulaan jer....
Unknown berkata…
tahniah buat mereka yang berjaya.. pada yg tak berjaya tu, usaha lebih lagi pada masa akan dtg..inshaAllah..=)
QasehnyaRania berkata…
wah.tahniah pada anak anak rakan bro yg berjaya.yg tak berjaya, cuba lagi.
upsr bukan penamat