Kikis Tulang Muka Untuk Cantik

Kikis Tulang Muka Untuk Cantik

 
Kikis Tulang Muka Untuk Cantik

Seorang wanita berusia 26 tahun dilaporkan mengikis struktur tulang wajahnya selepas tidak tahan diberi jolokan ‘wajah lempeng’.
Menurut laporan Asiaone, wajah wanita itu bengkak seperti belon selepas pembedahan dilakukan, namun menjadi semakin normal selepas 45 hari.
Wajah ‘barunya’ nampak lebih tirus hasil pembedahan itu.
Wanita berkenaan bagaimanapun menasihatkan wanita lain supaya tidak keterlaluan semata-mata kerana ingin cantik.
Doktor yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan berkenaan berkata ia lebih rumit berbanding prosedur lain kerana risiko dihadapi lebih tinggi.
Menurut doktor terbabit, kesilapan kecil mampu mengakibatkan wanita berkenaan lumpuh dagunya, malah boleh merosakkan bahagian bibir bawahnya

Catat Ulasan

3 Ulasan

Sukma berkata…
macam-macam untuk kelihatan menarik....
Tanpa Nama berkata…
macam2 sanggup di buat..
Unknown berkata…
ish..yg dok mengata mengejek tu cantik sangat ka?? geram pulak..