Pembinaan itu dilakukan di daerah Buyukcekmece, Istanbul
Ia adalah penjelmaan daripada rekaan pertandingan Festival Senibina yang diadakan tidak lama dulu dan dimenangi oleh arkitek tempatan, Emre Arolat.
“Masjid adalah tempat muhasabah diri dan berdoa. Ia adalah cabang Kaabah,” kata Mufti Buyukcekmece, Mehmet Narin ketika melawat tapak pembinaan itu semalam
Menurutnya, masjid tanpa menara itu adalah inspirasi dari Gua Hira, tempat Rasulullah (SAW) menerima wahyu pertama.
Bangunan itu yang seluas 1.200 meter persegi terletak sedalam kira-kira tujuh meter di bawah tanah.
Untuk menambahkan lagi keunikannya pencahayaan waktu siang dibantu oleh sinaran mata hari, seolah-olah untuk mewujudkan suasana spiritual.
Masjid itu yang diberi nama Sancaklar, memiliki ruang ibadah yang luas hingga mampu memuatkan 650 jemaah.
Emre Arolat yang mereka masjid itu berkata, ia bertujuan memberi jemaah peluang untuk beribadah dengan khyusuk.
8 Ulasan
Memang kreatif, tapi masih tak nampak keseluruhan sebenar binaannya. Semoga ianya berfungsi sebagai masjid dan sentiasa diimarahkan.
COM - Masjid Bawah Tanah ini masih Berada Dalam Kawasan Keraton Jogja dan Merupakan Bagian dari salah satu Fasilitas Komplek taman sari (Komplek, ...
Masjid Tanah Mendapat nama Sempena Sebuah masjid yang Terletak di Tengah- Tengah Pekan yang Dibina Daripada Tanah di Tepian, Sungai. Lokasinya Terletak ...