Syukur Alhamdulilah, eQurban sebagai agennya affiliate selama 4 bulan telah menjana pendapatan. Sambil beramal dan menjana pendapatan..hehehehe.
eQurban adalah merupakan salah satu aktiviti usaha aku dalam menjana pendapatan khusus sebagai agen affiliate ini selain bereksperimen dengan kedai blogshop affiliate.
Pada mulanya aku merasakan agak sukar untuk menjadi agen affiliate ini tapi ia boleh dijayakan dengan hanya memerlukan usaha yang berterusan dan buang rasa bosan...hehehhee.
Memang bosan kalau tiap-tiap hari promote produk anda tetapi pendapatan masih jua tidak muncul-muncul..ahaks. Aku rasa itulah yang dialami oleh semua agen affiliate atau dropship semasa mula-mula daftarkan diri anda.
Untuk aku jumlah wang bukan pertaruhannya tetapi dengan pendapatan yang diperolehi menandakan perjalanan setiap teknik online shop kita dalam guide yang betul.
Berbalik pada promosi eQurban sebenarnya ianya agak sukar kerana produk yang hendak dijual hanyalah satu sahaja. Asas kejayaan dalam setiap bidang perniagaan agen affiliate ini ialah promosi yang berterusan dan ia memerlukan daya kreativiti kita,
Dan aku berterima kaish kepada eQurban kerana ia ada memberi video dan maklumat bagaimana untuk mempromosikan produk mereka.
Aku cadangkan kepada rakan-rakan blogger, join sahaja eQurban ini dan tepek header mereka di blog anda. Kalau ada rezeki, ada ler orang klik header itu dan anda secara tak langsung telah menjana pendapatan pasif.
Menjadi agen affiliate eQurban tidak sesukar menjadi agen affliate produk seperti Luxola, Lazada atau Zalora kerana sebaik sahaja anda melibatkan diri, anda perlu membuat entri setiap hari dengan membuat deeplink produk mereka.
Dalam masa 4 bulan ini aku telah join pelbagai produk dengan menjadi agen affliate dan beberapa produk telah menunjukkan tanda yang baik seperti Luxola dan eQurban.
Dan yang lain-lain belum menunjukkan hasil lagi..ahaks..
3 Ulasan