Pada hari Sabtu yang lalu, rakan-rakan sekolah aku yang lama telah membuat reunion kali kedua. Kali ini reunion diadakan di A Famosa Resort, Melaka.
Kali ini reunion memang menarik dimana banyak aktiviti dilakukan untuk ahli keluarga masing-masing. Cuma pada aktiviti tersebut aku tak dapat nak hadirkan diri sebab tengah beli baju sekolah anak-anak aku dan juga menghabiskan bonus aku..hehehehehehe.
Aku singgah sana pun pada waktu malam, masa aktiviti BBQ. Masa tu ramai kawan-kawan lama tengah berborak. Yang bestnya tahun ini juga ada sponsor kasi baju dan cap untuk semua rakan-rakan sekolah lama.
Cantik juga t-shirt dan cap yang disponsor dan paling best ia free..hahahahahaha. Yalah, yang mampu tu bersedekah ler pada rakan-rakan yang lain..ahaks.
Yang aku pasti kalau lelaki pilih warna mesti warna hitam. Dulu mula-mula aku buat blog pun warna hitam. Mungkin lelaki tahun aku lahir ini, warna pertama kesukaan psikologi mereka hitam...hehehehe.
Tapi yang peliknya cap pula ialah putih. Tapi aku lihat T-Shirt dan Cap kedua-duanya kualiti memang baik ler.
Cetusan reunion sekolah kami ini sebenarnya berpunca dari teknologi yang ada iaitu aplikasi What Apps.
Tanpa teknologi ini tidak mungkin kami akan mengetahui perkembangan setiap hari apa yang berlaku pada rakan-rakan kami.
Walau pun aku bukan ahli yang aktif tapi aku pembaca yang aktif dan hanya ketawa melihat perangai rakan-rakan bila berbicara dalam What Apps.
Semoga persahabatan kami akan terus bertahan hingga ke hari tua...
Bila dah tua-tua ini, melihat perkembangan rakan-rakan yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing memang seronok.
Ada yang jadi Pendaftar, Berniaga sendiri, Pilot, Kontraktor, Bina Badan, Engineer dan macam-macam lagi padahal masa sekolah dulu punyalah dajal sekor-sekor....hemmmm.
Ada juga yang bekerja biasa-biasa macam aku ini ler, tapi reunion bukanlah nak lihat kejayaan kau tetapi mengeratkan silaturahim kawan-kawan lama.
3 Ulasan
buat reunion ni kalau ada yg urus best laa.. hurmm..