RM28,491 Harga Rumah Permainan

RM28,491 Harga Rumah Permainan


Brian McDonough
Sebuah rumah permainan kanak-kanak akan dijual pada harga AS$8,837 (RM28,491).

Pemiliknya Brian McDonough, 69, telah membeli rumah dua tingkat mini tersebut 11 tahun lalu untuk dijadikan tempat permainan dua cucunya, Sophie dan Olivia.
Brian McDonough
McDonough mahu menjual rumah permainan itu berikutan cucu-cucunya telah meningkat dewasa dan tidak lagi berminat untuk bermain di dalamnya.

Dia menggunakan khidmat ejen hartanah untuk menjual rumah permainan tersebut.
Walaupun kecil, rumah setinggi 2.4384 meter itu lengkap dengan ruang tamu dan bilik tidur yang mempunyai dua katil di tingkat atas.

Kediaman tersebut, kata pemiliknya, turut dilengkapi bekalan elektrik dan air.
McDonough enggan menjual kediaman itu di laman niaga ebay kerana bimbang pembeli akan menyangka ia seperti rumah permainan lain yang dibuat daripada plastik
Brian McDonough


 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Cik Nor berkata…
xder faedah..haha
Tanpa Nama berkata…
membazir..
Unknown berkata…
bapak dya.. ada ker orang nak beli??