Tarif Elektrik Naik 2013- Rakyat Jangan Mengelabah!!!

Tarif Elektrik Naik 2013- Rakyat Jangan Mengelabah!!!

 
Tarif  Elektrik Naik 2013
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek berkata:
“Tarif elektrik naik, jangan kita cepat sangat mengamuk dan tunding jari salahkan semua pihak.
“…ramai dari kita sebenarnya yang tidak terkesan pun! Jadi , bertenanglah
,” katanya yang dipetik menerusi laman mikro Twitternya.

Statement yang kadangkala menyakitkan hati rakyat...hehehehe.
Apabila sesuatu barangan itu naik, walaupun RM0.10 pun sudah tentu ianya akan membebankan rakyat. Adakah kenaikan sesuatu barangan dan entri ini khusus tentang tarif elektrik, rakyat tidak akan terbeban!!!

Dulu gula naik sebab suruh kurangkan penyakit kencing manis dan sekarang tarif elektrik naik nak kurangkan sakit apa yek. Aku rasa rakyat Malaysia akan ramai sakit jantung dan mental jika barangan asyik naik sahaja...huhuhuhuh.
Tarif  Elektrik Naik 2013

Gaji tak naik-naik pula.. tetapi  Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, telah melaporkan keuntungan yang tinggi, namun agak mengejutkan apabila tarif elektrik tetap dinaikkan dengan kadar yang sangat drastik.

Aku  sebenarnya agak pelik melihat keputusan sebegini, lainlah TNB memang kerugian yang tinggi dan kerajaan wajar membantu dengan memberi subsidi kepada TNB dengan menaikkan tarif elektrik bagi menampung kos operasi dan kerugian.

Dalam hal ini, sepatutnya bagi mengurangkan kos subsidi elektrik yang ditanggung oleh kerajaan ialah dengan berkompromi dengan TNB dari segi margin keuntungannya itu atau pelbagai cara yang boleh digunakan. Bukannya mencari jalan mudah dengan menaikkan tarif elektrik....huhuhuhuhu.

Aku pun malas nak membebel ler...tahun ini sahaja. gula naik, minyak naik, GST tak lama lagi, Astro naik dan tunggu sahajalah barang lain naik bila tarif elektrik naik.

Kalau membebel lebih-lebih ....tak pasal-pasal blog aku ini kena banned nanti...ahaks...
Tapi inilah suara hati rakyat.....huhuhuhuhuhu.

Laporan Bernama
Tarif  Elektrik Naik 2013Menurut laporan Bernama hari ini, subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen KWJ atau peningkatan 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen KWJ kepada 34.52 sen KWJ, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus di Parlimen petang semalam.

Dalam pada itu,Ongkili berkata, kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.

kerajaan masih perlu menanggung RM14 bilion subsidi setahun melalui pelepasan hasil perolehan gas asli ke atas semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, termasuk RM2.4 bilion setahun untuk pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, subsidi yang ditanggung kerajaan sebanyak RM570 juta setahun, termasuk RM155 juta setahun untuk kategori pengguna yang sama," katanya.
Tarif  Elektrik Naik 2013
Beliau berkata, ekoran pelaksanaan tarif baharu ini,

Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Catat Ulasan

8 Ulasan

mmesi berkata…
Jangan risau bang.. saya takkan ban. Suara rakyat harus didengar. Kebebasan suara harus diguna.
Unknown berkata…
even 5 sen je namanya, tapi bila ditotal keseluruhan mmg akan bagi impak. tambahan 5 sen/kwj.

dari situ juga bakal bermulanya kenaikan harga brg, even kita masih merasa kenaikannya perlahan2.

astro pun dah naik. huhuhu.. tengok wayang kulit je kita ni. pakai lilin.
Tanpa Nama berkata…
naik lagi..
Blog Santai berkata…
Nasib timun apabila bertemu dengan durian..hmmmm..
Unknown berkata…
nak gelak baca komen yumida...haha..
Unknown berkata…
jenuh la lepas ni..

MalizaMah berkata…
fuhhhhhhh no komen ler...
Tanpa Nama berkata…
PRU14 nnt undi le BN lg yer...:-)