244,517 Rakyat Malaysia Dapatkan Khidmat AKPK

244,517 Rakyat Malaysia Dapatkan Khidmat AKPK

244,517 Rakyat Malaysia Dapatkan Khidmat AKPK
Sehingga November tahun lalu, seramai 244,517 rakyat Malaysia mendapatkan khidmat kaunseling daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan 40.7 peratus atau 99,347 orang daripada mereka terbabit dalam program pengurusan hutang.

Antara faktor utama masalah kewangan dihadapi mereka kerana perancangan kewangan lemah iaitu 22.9 peratus, kos perubatan tinggi (18.3), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1).

Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat (AKPK), Azman Hashim berkata, bagi menghadapi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, rakyat di negara ini perlu mengubah cara berbelanja dan gaya hidup ke arah kesederhanaan.

Beliau berkata, rakyat di negara ini perlu mengkaji semula corak perbelanjaan, selain berjimat-cermat bagi mengelak pembaziran, mewujudkan dana kecemasan dan mengelak membuat pinjaman baru.

Bila bab hutang sahaja mesti semua pihak akan berkata perlu ubah cara hidup keserdahanaan.
Sebenarnya perbelanjaan memang mencukupi tetapi ketidaktentuan kenaikan harga barangan menyebabkan rakyat menjadi gelisah.

Ambil satu contoh, tahun lalu dengan pendapatan RM1000 seseorang itu boleh membayar hutang kereta RM350, makan dan minum RM300,  sewa rumah RM300 dan simpanan RM50.
Itu minimum perbelanjaan.

Tahun 2013, tiba-tiba harga minyak naik, harga elektrik naik, harga gula naik dan semua keperluan naik. Secara tak langsung dengan pendapatan yang sama tetapi perbelanjaan bertambah!!!

Berkenaan makan minum dahulu sekali perbelanjaan RM300 tetapi sekarang mungkin meningkat kepada RM400!! Belum lagi kos minyak kenderaan dahulu seminggu RM50 tetapi kini menjadi RM70.

Lebihan dari pendapatan hanyalah RM50 tetapi pertambahan perbelanjaan ialah RM170.

Untuk aku secara peribadi ialah taraf hidup rakyat Malaysia setiap tahun meningkat dengan gaji yang sama!! Dan sudah tentu pada masa yang akan datang, jumlah rakyat Malaysia mendapatkan khidmat AKPK akan meningkat!!

Zaman sekarang ini , hidup makin pedih dan semakin pedih....
Pedih dengan duit..hehehehehehe.





Catat Ulasan

2 Ulasan

Sukma berkata…
makin ramai yang nak dapatkan khidmat AKPK nie....
Tanpa Nama berkata…
adeh..pening..hehehe..