Boss Heart Attack

Boss Heart Attack

Boss Heart Attack
Salam satu blogger. Hari Sabtu yang lalu aku mendapat sms boss aku kena heart attack semasa bermain ping pong.

Petang tu aku pergi melawat beliau yang ditahan di wad HDW (High Depency Ward) yang membenarkan 2 pelawat setiap pusingan lawatan.

HDW ini ialah adik kepada ICU ...Itu istilah yang paling mudah ler.

Sebenarnya aku awal dah datang tapi waktu melawat  dah tamat. Aku terpaksa kencing mak guard kata aku dari JB, minta jenguk sekejap ajer sambil membuat mimik muka poyoh....kikikii.

Akhirnya Mak Guard tu kasi aku 2 minit buat lawatan. Sempat juga aku jenguk...dan lihat boss aku senyum cam  biasa. Maksudnya ok ler tu....kkikiki.

Petang tu aku datang lagi dan maklumat yang aku perolehi,  wayar jantung dia ada block..hihihi.  Tapi tak perlu operate cuma perlu makan ubat.

Syukur alhamdulilah. Bini boss aku bebel, ini semua gara-gara merokok.
Hari Jumaat tu aku ngan boss aku, baru ajer pekena curut supplier kasi. Esoknya dah masuk spital lak.

Ini membuat aku berfikir nak berhenti hisap rokok ler. Sekarang ni pun...naik tangga pun tercungap-cungap...hihihihi.
Akhir kata aku doakan boss aku iaitu Mohd Rosdi cepat sembuh..

Catat Ulasan

5 Ulasan

Cik Nor berkata…
moga bos a.hanif cepat sembuh..
Farah Waheda Wahid berkata…
semoga boss abang cepat sembuh...
Mummy MM berkata…
Semoga bos Abang Hanif cepat sembuh
Delimasari berkata…
suruh Boss jaga makan
Tanpa Nama berkata…
moga boss cepat sihat..