Salam Satu Blogger. Sekarang ini tengah sibuk membuat sebuah blogshop berasaskan drophip dan produk sendiri.
Blogshop ini bukan untuk aku tetapi untuk rakan aku yang isterinya mempunyai produk untuk dijual dan pada masa yang sama aku rekemenkan beliau menggunakan sekali dropship. Agar ia dapat mempelbagaikan produknya. Nama Blogshop beliau ialah Zureen Rina Shop
Berbanding membuat blogshop berteraskan affiliate dan dropship ia membuat banyak perbezaan terutama dari segi membuat contact form dan juga segi pembayaran terbaik untuk pelanggan.
Memang pening sebab dalam kepala nak pakai Pay Pal sistem agar lebih mudah dan juga online banking untuk payment tapi buat sementara ini cuma buat contact form dan pembayaran dilakukan online oleh pembeli melalui sms atau e-mail untuk verikasi pembayaran.
Tapi sudah tentu aku akan upgradekan sistem pembayaran pelanggan kerana perkara utama dalam bidang blogshop ini ialah cepat dan pantas.
Masalah satu lagi ialah templates yang akan aku gunakan, sebenarnya aku mempunyai sebuah templates yang lengkap dengan shopping cart, dimana kalau pembeli suka produk tersebut mereka hanya perlu klik dan masukkan ke dalam bakul cart dan terus buat pembayaran.
Tetapi sekali lagi aku berfikir, blogshop ini aku nak ia bersifat tradisional sikit dan tak perlu buat shopping cart templates, cukuplah dengan penerangan yang jelas tentang produk. Dan memudahkan pembeli memori produk yang hendak dibeli, setiap produk diletakkan item code.
Untuk ia satu cabaran yang best sebab ini pengalaman yang berharga dalam mempelajari membuat blogshop dropship dan affliate ini. Secara tak langsung aku mempunyai ilmu yang baik dan berkongsi dengan rakan-rakan blogger.
Step pertama untuk blogshop ini dah selesai dan kini aku kena lihat kekurangan yang aku jelaskan di atas tadi. Aku masih tak puas hati dengan templates dan sistem pembayaran blogshop ini...hehehehehhe.
2 Ulasan