Happy Birthday To My Wife

Happy Birthday To My Wife

Happy Birthday To My Wife

Happy Birthday to my wife iaitu Aslinda Bte Atan. Wanita yang telah kunikahi hampir 12 tahun dan bercinta selama 1 tahun setengah...hehehehehe.

Maksudnya dah hampir 14 tahun aku mengenalimu tapi aku masih terus belajar  mengenali isi hati mu kerana biasalah aku seorang lelaki yang kadang-kadang agak susah nak faham hati lembut wanita ini terutama hatimu lembut dan suci bagaikan kapas....

Happy Birthday To My Wife
Tetapi yang pastinya hari ini adalah tarikh lahirmu dan usiamu berdetik ke hadapan tetapi bagiku awak tetap manis seperti 14 tahun dahulu masa kita mula-mula bercinta. Awak tetap anggun dan seksi seperti dulu..

Dan yang penting budi bahasamu dan jagaan mu terhadap ku tetap tidak pernah kurang hinggalah kini.

Itulah istimewa Aslinda Bte Atan..walaupun tahun ini dah susut tua...ekkkkk.... silap lak bukan tua tapi semakin matang dalam kehidupan seiring dengan umur kita.

Lupakan tahun demi tahun umur kita yang meningkat tetapi ingatlah tahun demi tahun yang meningkat adalah pengukur kemanisan kita bercinta.
Happy Birthday To My Wife
Tahun kelahiran kita adalah tahun untuk kita mengingatkan diri ini setiap tahun adakah kita semakin dekat denganNya dan apakah pencapaian yang kita capai sehingga kini. Itulah yang terbaik...
Hehehehehe.. macam ustaz lak aku ini.

Akhir kata abang ucapkan Selamat Harijadi Lin yang ke...dot...dot.... pada 5 Januari ini. Jika abang tersalah tulis maafkan diri abang ini kerana you know me....I tak pernah serius... cuma serius bila bab wang sahaja...ahaks.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Ann Ishak berkata…
sweetnya, selamat hari lahir kak lin :)
Unknown berkata…
tahniah..
shark pun nk ucap selamat hari lahir jugak kt akak Alinda,
semoga terus berbahagia bersama suami tercinta.
amin.
MalizaMah berkata…
moga kekal bahagia....
Tanpa Nama berkata…
happy birthday sis lin...
Sukma berkata…
so sweet....