Salam satu blogger, tempoh hari aku ada masalah tidak boleh buka blogger dashboard dan keluar ayat macam diatas iaitu .gwt.xml module file.
Untuk pengetahuan, syarikat tempat aku bekerja ini pakai Internet Explorer 9 (IE9). Aku pun tak faham mereka pakai Internet Explorer.
Padahal satu dunia tahu IE ini browser yang paling teruk dan biasanya seluruh dunia akan pakai Mozilla atau Google Chrome. Tapi apa nak buat, dah ler pihak syarikat kasi pakai free untuk kerja syarikat bukannya lihat stat blog atau buat post...hehehehehhe.
So mahu tak mahu aku kena buat kajian untuk atasi masalah ini dan cari punca masalah yang berlaku.
Masalah ini berpunca dari website yang dibina menggunakan Google Web Toolkit dimana ia membenarkan kombinasi Java dan Ajax untuk aplikasi website.
Masalah ujud apabila IE9 dikeluarkan apabila browser IE9 ini dianggap bug dan menyebabkan IE9 ini di anggap sebagai Safari browser.
Untuk menyelesaikan masalah .gwt.xml module file ini terdapat beberapa cara yang canggih manggih seperti mengubah user agent dan juga bermain dengan add on jika anda mengunakan Google Chrome.
Masalah aku ialah aku menggunakan IE9 tulen dan selama 4 hari aku menkaji bagaimana nak selesaikan masalah ini. Rupanya penyelesaiannya amat mudah.
Logiknya ialah masalah ini hanya timbul untuk IE9 sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini anda hanya perlu tekan F12. Bila anda tekan F12 akan keluar gambar seperti di bawah ini.
Lihat pada bahagian atas yang tertera "Browser Mode: IE9 dan Document Mode: IE9.
Apa yang perlu anda buat ialah tukar Browser Mode : IE9 kepada IE8.
IE8 selama ini pun tiada masalah, kerana yang bermasalah IE9 dengan beta dan pending release nya sahaja.
Itulah logik yang aku terima pakai.
Apabila anda pilih Internet Explorer 8 secara automatik Document Mode akan tukar sekali.
Dan selesailah masalah anda!!!!!
Anda boleh membuka blogger dashboard seperti biasa atau mana-mana apliasi website yang menggunakan Google Web Toolkit
Untuk sementara selepas anda log off dan kalau anda nak buka semula Blogger Dashboard anda kena buat semula dengan tekan F12 dan ubah IE9 kepada IE8.
Harap maklumat ini boleh membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah .gwt.xml module file jika menggunakan IE9 ini.
2 Ulasan