Tips Mengemas Dan Membaja Pokok Bunga

Tips Mengemas Dan Membaja Pokok Bunga

Tips Mengemas Dan Membaja Pokok Bunga
Hari ini aku cuti sebab aku nak kemas pokok bunga depan rumah aku yang agak lama terbiar dan tidak dibaja dengan baik. Memanglah tiap-tiap hari aku siram tapi tak trimming daun-daun dia.

Tips Mengemas Dan Membaja Pokok Bunga
Lagi pun aku dah bosan dengan layout yang ada sekarang ni, sempena tahun baru ini biarlah ia berwajah baru sikit...hehehehe. Aku teringat pesanan arwah orang tua pernah nasihat kepada aku.

"Wahai anakku, kalau kau nak tanam bunga, jagalah dengan baik.Siramlah dia dengan air dan bajalah selalu. Kalau kau tak boleh jaga anakku, baik kau buang sahaja pokok tu. Daripada kau menyeksa pokok tu"

Ayat kat atas bukan sebiji macam arwah ayah aku cakap..hehehehehe. Ia lebih kasar sikit cuma aku menyedapkan sikit..hahahahaha.

Tips Mengemas Dan Membaja Pokok Bunga
Ada 2 tempat aku kemas iaitu satu dalam halaman rumah dan satu lagi kat luar rumah.

Sebenarnya dahulu aku tak letak pokok bunga luar rumah disebabkan jiran lama aku dahulu suka letak sampah depan laman rumah aku.

Dari aku gaduh-gaduh, baik aku letak pasu bunga depan rumah.

Secara tak langsug makin tambah ler pasu bunga aku kena jaga..huhuhuhuhu.

Pokok bunga ini tak susah nak jaga terutama kalau nak membajanya. Tak payah kau orang tukar tanah selalu.

Tips nak baja pokok ialah menggunakan baja tahi kambing!!! Biasanya kalau orang beli baja kambing ini ia akan cucuk atau tanam tahi kambing tu kat tanah kan. Bila selalu siram maka tahi kambing tu akan terlerai dan menjadi baja!!

Salah sebenarnya!!!. Tekniknya ialah kau rendam baja tahi kambing tu dalam baldi berisi air selama semalaman. Keesokkannya  kau siram pokok bunga kau dengan air rendaman baja tahi kambing tu...hehehehe.

Logiknya, bila baja tahi kambing tu jadi cecair maka ia mudah terlarut dalam tanah dan setiap 3 bulan sekali kau buat. Aku amalkan ini dan pokok aku gemuk macam aku...ahaks. Tak perlu beli tanah-tanah ini...
Cuba anda amalkan dan saya jamin pokok kau sentiasa subur..

Tapi lepas kau siram baja kambing tu, simen rumah kau basuh dengan air paip sebab air tahi kambing tu meleleh kat simen dari pasu bunga dan ia mengeluarkan aroma yang segar... tapi dalam 2 jam dah tak bau. Bau pun bukan kuat sangat.

Selepas kau siram pokok dengan tahi kambing, esok atau lusa baru kau siram dengan air paip. Kalau kau siram air nanti baja tahi kambing tu melarut keluar. Sia-sia ajer usaha kau.

Lupakan tentang tahi baja kambing. Hari ini mahu 4 jam aku mengemas pokok bunga. Dalam  hati ingatkan nak buang beberapa pokok bunga tetapi tah macam mana tetiba bertambah 2 pasu bunga lagi....huhuhuhu.

Mesti bini aku mengamuk punya sebab ada lagi 2 pasu bunga dalam rumah aku tak keluarkan lagi. Tu ler masalahnya kalau hobi kita dengan tersayang tak secocok. Bini aku suka rumah nampak lapang dan aku suka letak pokok bunga, memang tak belah punya...hehehehe.

Gambar atas adalah progress membersih pokok bunga aku...
Gambar bawah ialah kerja yang dah selesai. Hari ini aku berjaya ubah layout pokok bunga, racun rumput dan membaja pokok aku..... 

Terima kasih rakan-rakan kerana membaca entri pokok bunga aku. Ini pun nak buat entri..hahahaha.
Tapi OK ler, anda dapat teknik membaja bunga dengan cara yang cepat dan murah dan dijamin efektif...

Aku tak pernah kongsi teknik dengan sesiapa, cuma dengan rakan-rakan pembaca sahaja. Sebab aku sayang semua pembaca blogger aku...hehehehe.

Tips Mengemas Dan Membaja Pokok Bunga

Tips Mengemas Dan Membaja Pokok Bunga

Tips Mengemas Dan Membaja Pokok Bunga



Catat Ulasan

3 Ulasan

Unknown berkata…
Baja tahi kambing sesuai ke utk pokok sayuran?
THE AUTHOR berkata…
Sesuai.... ddan guna teknik yang sama.

Tapi tak berbalio sebab kos tinggi kot.
Sebab sayuran jangka hayat sekejap ajer...
Tanpa Nama berkata…
rajinnyer..